inspirasiwawazulkefli: 2014

Páginas

0
Komen

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014







Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love




"sila tekan banner untuk join sekali dengan wawa! "







Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini..



Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)

Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 







Peserta,















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Perbezaan FOUNDATION dan BB CREAM





PERBEZAAN FOUNDATION DAN BB CREAM( ikut peredaran zaman-NOW DD CREAM).



Hi , assalamualaikum. Lama tak tulis entry. Lama tak berceloteh. But harini bukan nak berceloteh dan membebel sesaja. Ni haaa nak kongsi . Kongsi apa? nahhhh sila baca tajuk diatassss yek! haha Wawa terpikir nak share sebab ramai tanya apa perbezaan FOUNDATION DAN BB CREAM? Ada tu tanya.. Foundation ni apa? Allah, rupanya ramai lagi yang taktau naaa.

Foundation ni sebernanya ikut peredaran masa jugak. Now tengok la ada jenis bedak campuq sekali dengan foundation. So jimat la korang sebab tak payah beli bedak buttttttttt .. i think still kene alas kan dengan bedak sebab tekstur foundation ni kekadang kita akan nampak macam berminyak sikit kan?(or cair. cemana nak cakap eh? haha) . So still kene alaskan dengan bedak supaya nampak lebih kemas dan tak nampak berminyak sangat

Ha thank you dekat google sebab wawa ada jugak cari dalam google dan dicampur dengan ilmu yang hadoo.

Ha kalau sesapa yang tahu pasal bidang ni , boleh la share share ye? meh komen komen meh . We ols need ur feedback. Boleh la belajar bersolek. Boleh la make up pengantin. EH? tetibe... haha

Jom membaca komee !


[ FOUNDATION ]

Assalamualaikum.
Foundation ni bukan untuk memutihkan kulit ya sebaliknya fungsi dia ialah untuk menyamaratakan tona kulit yang tak sekata tu.
.
.

Tekstur FOUNDATION agak tebal sikit banding dengan BB CREAM , tapi sekarang ni dah ada  foundation yang tekstur nipis.
.

Full coverage. Maksudnya, foundation ni boleh menutup parut jerawat, eyebag kat bawah mata tu and any imperfection kat muka kita.


Foundation ni ada banyak tona warna. Dari yang putih melepak sampai ke coklat gelap. Sebab kulit manusia ni macam-macam kaler. So, korang kene pandai pilih tona yang sesuai dengan kulit korang.

.
.

[ BB CREAM (now DD CREAM) ]

BB cream pula, fungsi BB cream ni lagi best jika nak banding dengan foundation.


BB cream ni bukat setakat krim yang disapu kat muka tu saja malah BB cream ni ada pelbagai fungsi iaitu kat situ lah ada moisturizer, sunblock, primer, foundation, concealer, anti-aging dan lain-lain.
Bertindak juga untuk merawat kulit.
( bergantung juga pada sesetengah jenama. Kene pandai pilih supaya muka tidak gatal-gatal )


⇨⇨Tekstur BB cream ringan sikit berbanding foundation.
Light coverage which is, bila korang pakai, muka korang tetap nampak natural macam tak pakai apa-apa. Tapi dia tak cover sangat lah korang punya parut-parut tu semua sebab tu it look natural. Dapat cover sikit lah.

Bagus lagi pakai BB cream compared dengan foundation sebab  pakai foundation pun boleh nampak tebal sangat dan OVER . Tak bestnya! So,dengan memaka BB cream or mybe sekarang dah dipanggil DD CREAM lagi bagus sebab effectnya yang ringan . Sesuai untuk bersantai di pantai,kekedai depan rumah, pergi majlis jiran-jiran dan lain lain. Takkan kita nak pergi ke rumah jiran pakai make up tebal-tebal kan?

⇨⇨Tona warna dia agak terhad. Paling-paling minima pun ada 2 warna aja.( IKUT PEREDARAN MASA).
.
.
CONTOH WARNA IKUT KULIT FOUNDATION BY IBEAUTY 

⇨⇨Boleh pakai hari-hari. Ha, yang ini yang best ni. Korang boleh pakai BB cream ni ke kelas ke, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan ke ataupun bila-bila lah korang rasa nak pakai. Tak ada masalah. Muka korang rasa ringan aja ok? Tak berat pun.




Wawa Zulkefli ,













Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Berduka




Aku tertekan. Sedih, Entah la. Aku upload semua kata kata motivasi supaya esok hari aku ada keupayaan untuk terima semua ini.








 

















Sedang berduka ,












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Contest Blog Comel By: Shedaucu









(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

IBEAUTY- Penggunaan Serum Sangat Penting ?








Mungkin rmai yg xtahu betapa pentingnya penggunaan SERUM ni kan? Sedang asyik kita menjaga kulit muka kita yang dipenuhi make-up tu, apa kata kita beralih pada pemakaian serum. Serum ni sebernanya penting juga selain suppliment yang dijual di toko jamu dan online sho (macam yang aku jual jugak ni) . Serum ni jika kita pandai pilih serum yang betul-betul bagus tanpa melihat harganya, mungkin kulit yang usia 40-an akan menjadi muda seperti 30-an or mungkin juga 20-an?

teruskan pembacaan anda! ..


Fungsi  Serum bertindak seperti vitamin yg diperlukan oleh kulit kita. kalau kita amalkan pakai seawal usia 20-an, kita berupaya melambatkan proses or tanda2 awal penuaan dengan Izin-NYA. Usia kita makin meningkat, badan tidak berupaya menghasilkan elastin dan kologen dengan banyak. Tetapi dengan teknologi masakini, serum sudah siap dibotolkan untuk penggunaan di rumah tanpa perlu ke saloon atau butik kecantikan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
.
.

 Dengan penggunaan serum pada usia 20an kita dapat mengelakan tanda penuaan dan menjimatkan duit apabila usia kian meningkat untuk mendapatkan wajah awet muda.
.




Dengan Produk Ibeauty Diamond StemCell Serum,  Ia bersifat merawat sel-sel kulit yang sudah rosak termasuklah jeragat yang bertapuk pada kulit. Sebotol Diamond Serum mengandungi 35ml untuk kegunaan sehingga 60 hari.
.
.

Fungsi Diamond Serum adalah merawat dan memperbaharui sel-sel kulit mati/rosak sehingga lapisan ke-3 di bawah kulit muka. Phytocelltec stemcell akan menolak keluar jeragat yang tumbuh pada kulit dan mampu menanggalkan jeragat secara kekal. Ketahuilah sesungguhnya pertumbuhan JERAGAT BERMULA DARI DALAM KULIT ,BUKAN PERMUKAAN KULIT .
.

.
Tujuan penggunaan Diamond Serum dan produk skincare adalah berbeza. Skincare terdiri daripada clenaser, toner dan krim. Ia disapu atau oles ke kulit untik kegunaan luaran sahaja. Manakala Diamond Serum adalah satu jenis cecair yang perlu disapu pada kulit muka 2 kali sehari.
.
.

Maka skincare hanya akān menyebabkan kulit luar mengelupas, menjadikan jeragat anda pudar tanpa membuang jeragat secara total. Lalu ia boleh muncul kembali di kulit dan sudah pasti jeragat tidak boleh diatasi hanya dengan penggunaan skincare sahaja.
  .
.

Diamond serum akan memastikan sel-sel kulit anda bebas dari cela jeragat, dan sekaligus menghasilkan banyak perubahan positif pada kulit anda .
 .
.
PENGASAS IBEAUTY SENDIRI MEMAKAI PRODUK NYA UNTUK MEMBUKTIKAN PRODUK INI BETUL BETUL BERKESAN UNTUK LELAKI DAN WANITA

LELAKI JUGA BOLEH PAKAI UNTUK MASALAH KULIT MUKA .





Dengan serum yang bersifat merawat dengan bantuan Phytocelltec Stemcell jeragat boleh dirawat dari akar umbinya.


HARGA PROMOSI DIAMOND STEMCELL SERUM : RM149 FREE SHIPPING + FREE GIFT

SO, saya harap korang paham dan perlu memilih serum yang bagus, original dan halal untuk kulit muka korang ya.

Dan pastikan original dari agent agent, mini stokis, stokis dan pengedar yang sah ! Berhati - hati dengan penawaran harga yang rendah kerana produk stemcell tidak dijual dengan harga yang rendah !


WHATAPPS : 017-4100816
WECHAT : wawazulkefli

**NOMBOR WHATAPPS HANYA UNTUK TUJUAN BISNES SAHAJA, SELAIN DARI ITU AKAN DI BLOCK SERTA MERTA !


sekian dari saya.










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Rindu





Walaupun Wordless Wednesday je yang ada, but sape kesah ? Aku nak share gambar je..




Time hari pengebumian ayah yang sampai sekarang masih terbayang bayang 





sekian






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Mula Berniaga




salam sejahtera. selamat malam semua. 


haiya. Sudah lama nampaknya tak hapdate entry . So harini wawa nak review something ni. Hehe . So, pada 1 March 2013 wawa decide nak release ig shop wawa. cewah . so masuk hari ini dah masuk 3 hari lah wawa berniaga. kahkah. Okey lawak. 


Kenapa 1 March ? Sebab 1 march ialah harijadi mak sayaaa . hehehehe. Saje amek berkat sempena 1 march tu lah jam 12 malam wawa update barang wawa. Tapi tu la, instagram yang thelittlewazuonlineshop tu ig shop kedua. Instagram yang pertama langsung tak boleh bukak. Sedih tau. Repot semua tapi tak ada respon.


So sesiapa yang suka beli online yang menawarkan harga yang murah dah barang-barang yang comel boleh singgah intagram wawa . Sedikit demi sedikit wawa akan pelbagaikan ig shop wawa dengan pelbagai barang yang mampu milik. Tak kira lah sama ada pelajar, bebudak kecik yang suka make up, makcik-makcik, kakak kakak dan insyaallah kalau ramai permintaan yang datang dari pembeli lelaki, wawa akan tambah pulak barang untuk lelaki ,ya ? 

So, let's support me and buat masa ni stock hanya baju kemeja askar dan blouse-blouse yang comel. so , hee terima kasih dan selamat datang semua . 

Wawa harap ig shop wawa akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah. Tidak lupa juga, ig shop yang lain. Yang wawa pernah beli . Pernah repeat order. Meh la support wawa pula . weeee mekasih semuaaaa . xoxo


Ini sedikit review blouse yang wawa jual . heee heee heee .



1 :
Blouse peisly
Rm30 exclude postage
free size
material cotton ,tp lembut. sejuk bila pakai.
add rm5 for s/m
add rm7 for s/s
whatapps or wechat : 0175926471 or wawazulkefli (for bisnes only)
cod area teluk intan

2 :
kemeja askar (for ladies)
rm45 exclude postage
free size
add rm5 for s/m
add rm7 for s/s
whatapps or wechat : 0175926471 or wawazulkefli (for bisnes only!)
cod area teluk intan


3 : haaaaa yang lain korang tengok sendiri. Rabu ni nak pergi tambah stock untuk wide shawl and and and and .... jeng jeng jeng ..  kalau jadi la. So apa tunggu lagi. Grab lah satu sementara masih ada :)

Detail tentang ig shop saya :

nama ig shop : @thelittlewazuonlineshop
no booking.
terus whatapps saya kalau berkenan bersertakan screenshot barang yang awak nak
whatapps : 0175926471
wechat : wawazulkefli
cod area teluk intan. dan mungkin kemaman sebab saya sedang menunggu untuk pindah ke kemaman . hehehe :)

korang tunggu apa lagi ? follow yuk !

sini untuk lihat semua -->> 
thelittlewazuonlineshop



Follow @thelittlewazuonlineshop



Sekian dari saya , bakal bisneswoman berjaya . Amin. Amin.











.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014




harluuuu salam sejahteraa. Anyways, aku nak join lagi satu segmen. Wopps Woops. Mesti blogger-blogger sekalian kenal cik abang kita yang sempoi dan suka buat lawakkk. (ke aku sorang je yang baca blog dia sambil mengekek ? ) Zaass !


Engkorang nak join ? Sila klik lah gambar dibawah :) 



Harapan aku ? Eh mestilah nak jadi antara 15 blogger dalam bloglist di blog dia ! Ha Ha Ha . So, let's join !
treneneneneneneeeee . Adios !






Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)






Yang comel,












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6
Komen

Comelnye Kucing



hi dan selamat sejahtera. 

Okey. Kali ini tetibe sangat aku buat tajuk entry yang ala-ala comel. Tapi tu la, aku sebernanya ada masalah dengan kucing. Ha? apa masalah aku dengan kucing ? Mungkin... kucing tu lagi comel dari aku ? Oh yaa... mungkin juga kucing tu lagi gebu dari aku. Oh Oh.. mungkin lagi ganas dari aku ? 

kahkah, ini lawak, lagi ganas ? Tak , tu aku saje perli aku punya header. Kekonon nak tunjuk diri aku ni ganas, aku buat la tajuk header cenggitu.  (bla , bla, bla, bla *bebel diri sendiri ) .Eh kredit to kak sheda yang berjaya menghasilkan header macam diatas. Thank you. Haha , sape rasa teringin nak edit blog tapi taktau dengan siapa yang patut anda berurusan ? Tanya lah kak sheda di link ini ---> Kak Sheda Comel Kiut Miut.   Promote Promote. Harga murah, bawah RM50 !! Cepat cepat sementara masih hidup. Tett.

ehem, iklan lah pulak.


Okey, sekarang ni aku nak korang tahu, aku ni dah bukak hati aku untuk membela kucing. (klishe nya? ) hahaha No la. aku sunyi la. Nak main dengan adik beradik, semua dah besar-besar. Asyik cakar adik beradik je. Sekali-sekala apa salahnya kucing pulak cakar aku. Okey, wait. Ini pelik. kkkk



kredit from twitter .



Hangin betul bila aku tengok gambar ni. Baby pun tak takut kucing ! Aku yang besar ni takut kucing dah kenapa ? okey, pelik.


nak tengok lagi aksi kucing comel?









Ya Ampun !! kenapa hampa comel sangat weh ? Kenapa la aku takut sangat kene cakar. Kene gigit. Ahaks. Kantoi sudah aku takut kucing. Eh, korang yang baca entry ni ada yang takut kucing ? Meh sepp sikit. hewhewhew . 


Sebenarnya ada cerita disebalik ni. Arwah ayah aku pernah cerita, masa aku kecik dulu, aku suka tengok kucing, lepas tu main la, then aku punya la geram dengan kucing tu , aku peluk, aku cekik kucing tu sampai dia cakar aku. And, sampai sekarang aku still takut kucing. hahaha. Lawak weh. Ingat lagi bila kucing datang dekat dengan meja makan aku time keluar makan, konfom suruh ayah halau. Masa tu kecik lagi, taktau ape ape pasal ni. Pendek kata, kalau nampak kucing, konfom arwah kucing tu. hahahah okey gurau.


So, Ada sesiapa yang takut kucing ? Alahan dengan kucing? Fobia dengan kucing? Langsung tak boleh tengok kucing. Kalau ternampak kemungkinan histeria? atau mungkin anda tidak keluar dari rumah kerana takut kucing dan terus blogging sampai pengsan ? Oh.. kronik. Maaf, anda perlukan doktor pakar ya. HeheHe. 

Tapi bagi kes yang tak suka kucing then dia sesuka hati duk terajang kucing, sesuka hati duk campak kucing sampai kucing tu mati, haaaa ini kes teruk. Anda kene jumpa doktor pakar jiwa. Sekian









Penakut, 





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9
Komen

Zaman Pre-Universiti



*buat buat lupa sejak bila tak tulis cerita pasal aku*

Lama tak tulis entry . Tiba-tiba terniat di hati nak belek draf dalam dashboard then ternampak tajuk ni. Dah lama aku tulis tapi aku tak post. Habis baca perenggan demi perenggan dan aku decide nak post entry ni.

*setahun sebelum ni*
(flashback)



My favourite picture ! huwaaa i miss pre-u so much !


* Redha , Bersyukur atas apa yang berlaku pada aku. Ya . Mungkin tidak sepenuhnya  menerima tapi itu lah orang cakap resam kehidupan. Past is past . Time amek result aku bersyukur and sebelum amek result aku redha terhadap result aku. Aku dah reset pada minda aku yang aku dah usaha . YA ! USAHA ! Then, bila balik dari sekolah, ramai orang tanya dan something happen to me and i was shocked ! (malas nak bagitahu apa yang terjadi) . Sedih hanya Allah je yang tahu. But, Leave it. I don't want remember it . That's hurting me !


(FLASHBACK  LAGI SEBELUM EXEM) 

*cakap dengan cermin*
 sebelum exem aku nak tentukan berapa aku nak . Aku target nak dapat apa, nak masuk Universiti mana . Bermain dalam minda ayat ayat tu. (belum apa-apa lagi dah berangan. Belum apa-apa lagi dah perasan dapat 4flat)

Mak dan Ayah : Angah, jangan nak main-main dah. Tu haa, asik hadap laptop jek (aku : tengah isi borang dan bila kene tegur je terus memikirkan ni lah akibatnya kalau asyik online jek, kan mak dah pikir lain. Padahal time tu buat kerja lain, haihh (mengeluh)  )


 (DI SEKOLAH)

Sebelum exem tiba, aku dah awal-awal rancang nak ajak salah sorang kawan aku tidur dekat rumah aku, sebab nak belajar. Then, Saliza setuju (Yey!) So, Tak ada lah aku terkebil-kebil, blur nak settlekan masalah-masalah aku yang bermain diminda aku ni. Nak-nak subjek Pengajian Am dengan Bahasa Melayu . Seriusly aku buntu time sebelum idea yang bajet gempak ni muncul. Yelah, i'm not best student yang selalu cikgu kabo dekat sekolah tu. So aku kene la plan sendiri sebelum exem, tengah exem nak buat apa kan.

Memang aku nak target lulus ah ceritanya sebab aku pegang kata-kata cikgu, "kalau kamu boleh lulus pengajian am dengan bahasa melayu walaupun subjek tambahan kamu 'slek' sikit, tak payah risau sebab dah memang pass nak mohon U". Pstt, subjek tambahan aku ialah Perniagaan dengan Geografi. Well, pelajar bisnes know better about this subjek kan? Dalam otak "ah mampos aku" . krikk krikk

So, berbalik pada cerita aku pasal nak ajak kawan tu :

Aku : Weh. Hang tido dekat rumah aku eh sepanjang kita exem? Boleh ajar aku ? Nak? Ko tahu je lah aku ni kan otak blur, bengong dan hapah tak paham cemana nk score. Nak baca buku aku ok. Nak solve semua soalan tu aku agak blur.

Tapi tu la, aku soal jugak diri aku sendiri, selama hengko belajar setengah tahun tu, apa ko belajar?

okey, chill. Bukan aku tak belajar, just kekadang BLUR ni MERIMASKAN ! Aku belajar, tapi cara aku belajar, lepas cikgu ajar aku mesti akan tanya soalan yang sama dekat kawan aku dan kawan aku cakap " yang engko hangguk kepala bila cikgu tanya "paham ke tak" tu kenapa ! Tanya la lain kali ". Eh, macam biasa la aku jawab " AKU SEGAN LA DOE." Ini bakal makan kaki la kan.

Saliza  : nanti aku tanya mak ayah aku ...
esoknya , approved !
then bila dah di 'approved kan' oleh mak ayah dia, yeppi ! alhamdulillah :)

Sally (saliza)  ni salah sorang kawan aku . Dulu tak berapa rapat sangat since kami tetibe rapat sebab selalu belajar dengan dia and my classmate. Kami selalu 1 group dekat kelas. Then, memandangkan dia macam best student jugak la , so why not aku belajar dengan dia . Bersyukur ya allah sebab allah berikan dia as my friends. Ye lah , since aku ni bukan dalam kalangan best student jugak lah aku kene berkawan dengan best student . huk huk huk .

So , bila sally ajar aku pengajian am, tetibe semangat dan akal dan otak logik aku datang dan berfungsi ! aha! hahaha bayangkan aku ni dengan cikgu tak berapa nak paham sangat, tetibe dengan sally ni okey ! alhamdulillah. Even, there's have something wrong with us happen. Ye la, adat belajar lah kalau ada something wrong . Macam-macam dugaan . Penat lah. Bosan la. Pening la. Tak paham la. Kekadang pun sally tak paham gak. Sama jek macam aku (sori sally . aku sengaja sangat tokok tambah cerita ni ) HA HA HA HA

(SEPANJANG PEPERIKSAAN)

Bayangkan kami turut merasa bagaimana si suami menunggu isteri beranakkan anak pertamanya. kah kah kah. Boleh ke aku bagi bayangan macam tu ? Tapi tu okey lagi berbanding kami ni yang tak tahu soalan apa yang masuk. kan? haihh, macam macam lah dalam hati ni. Tapi kene yakin sebab sebelum peperiksaan tu bermula, kami dah lakukan persiapan walaupun tak cukup lagi sebernanya . HAHAHA. Azabnya lahaiiii masuk form six ni , nak nak sesiapa yang ambil perniagaan. Memang menguji akal minda fizikal mental sampaikan cikgu mengamuk ! bayangkan lah mana cikgu tak mengamuk kalau asyik bercakap je. Dah la lelaki ada 2 orang je yang kelas perniagaan. Lebihnya perempuan! Biasalah kalau perempuan. Pot pet pot pet. Memang tak boleh dipisahkan. HA HA HA .


Beberapa bulan selepas nya, result keluar. Alhamdulillah, ramai jugak lulus. 4flat aku lupa berapa orang. Rasanya najihah sorang je kot. Yang lain 3A dan lain lain. Aku ? Alhamdulillah . Bayangkan result aku ni time exem biasa macam hampeh. Tapi, keluar real result buat aku rasa macam nak  emm nak em.... tapi result aku biasa je tapi bersyukur lah kan. Duniawi semua ni. (saje nak hiburkan hati, cis!) Tapi menangis jugak la. Hati tu time dekat rumah kebal semacam cakap tak nak nages. Tapi bila dah result depan mata, terus macam air terjun. Ha Ha.

*kching kching *

(kembali kepada realiti)


Ahaa.. itu lah dia sepanjang sebelum peperiksaan, semasa, selepas. Memori tu akan segar dalam ingatan aku. Ya. Mana aku mampu lupakan segalanya. Pahit ada. Manis ada. Rasa macam nak beli Dreamcatcher dalam cerita the heirs tu then hapuskan semua yang pahit. Rasa tak tertanggung. Eh tetibe emosi.

hm tahu tak dreamcatcher tu cemana ? Aku minat gila ni. Ok tetibe tukar topic. Ok sekilas saja. kkkk



kredit dekat ig shop . Aku pinjam gambar hampa sat naaaa. heheheh

*kchingg kchingg* iklan dah habis. heheheh

So kawan kawan semua. Saya hendak tegaskan disini (macam peguam) adalah zaman sekolah itu sangat lah best. ! Adik-adik yang masih sekolah tu, belajar elok-elok. Seriusly korang akan menyesal kalau tak belajar elok-elok. Menuntut ilmu tu kan wajib . Lupa ke? Macam sembahyang la. Kalau tinggal dosa. Haaaa cuma ilmu tu jangan sekadar tahu je la. Try apply bila diluar or ikut korang lah eh? Ingat aku tahu ke nak ajar cemana . Ha ha Ha . Nanti hakak buat entry baru pulak pasal menuntut ilmu. haha. That's all. Aku harap lepas ni aku dapat sambung belajar memana la .

Yela sebab tahun lepas aku nak sambung belajar mungkin tak ada rezeki atas sebab kesihatan arwah ayah aku tak berapa baik. So kami adik beradik kene jaga. Tolong backup mak la sebab mak pun kerja. Alhamdulillah, selesai tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga arwah ayah. Aku lega. Lepas ni jaga mak. InsyaAllah, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan keluarga kami.  Amin, doakan aku jugak tau korang. Assalamulaikum. Peace.


*mata masuk habuk pulak*





Selamat tinggal dunia persekolahan untuk selama-lamanya :(








kchinggg **







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

34
Komen

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida









Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :
Kategori Onlineshop :

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel