inspirasiwawazulkefli: February 2014

Páginas

0
Komen

Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014




harluuuu salam sejahteraa. Anyways, aku nak join lagi satu segmen. Wopps Woops. Mesti blogger-blogger sekalian kenal cik abang kita yang sempoi dan suka buat lawakkk. (ke aku sorang je yang baca blog dia sambil mengekek ? ) Zaass !


Engkorang nak join ? Sila klik lah gambar dibawah :) 



Harapan aku ? Eh mestilah nak jadi antara 15 blogger dalam bloglist di blog dia ! Ha Ha Ha . So, let's join !
treneneneneneneeeee . Adios !






Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)






Yang comel,












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5
Komen

Comelnye Kucing



hi dan selamat sejahtera. 

Okey. Kali ini tetibe sangat aku buat tajuk entry yang ala-ala comel. Tapi tu la, aku sebernanya ada masalah dengan kucing. Ha? apa masalah aku dengan kucing ? Mungkin... kucing tu lagi comel dari aku ? Oh yaa... mungkin juga kucing tu lagi gebu dari aku. Oh Oh.. mungkin lagi ganas dari aku ? 

kahkah, ini lawak, lagi ganas ? Tak , tu aku saje perli aku punya header. Kekonon nak tunjuk diri aku ni ganas, aku buat la tajuk header cenggitu.  (bla , bla, bla, bla *bebel diri sendiri ) .Eh kredit to kak sheda yang berjaya menghasilkan header macam diatas. Thank you. Haha , sape rasa teringin nak edit blog tapi taktau dengan siapa yang patut anda berurusan ? Tanya lah kak sheda di link ini ---> Kak Sheda Comel Kiut Miut.   Promote Promote. Harga murah, bawah RM50 !! Cepat cepat sementara masih hidup. Tett.

ehem, iklan lah pulak.


Okey, sekarang ni aku nak korang tahu, aku ni dah bukak hati aku untuk membela kucing. (klishe nya? ) hahaha No la. aku sunyi la. Nak main dengan adik beradik, semua dah besar-besar. Asyik cakar adik beradik je. Sekali-sekala apa salahnya kucing pulak cakar aku. Okey, wait. Ini pelik. kkkk



kredit from twitter .



Hangin betul bila aku tengok gambar ni. Baby pun tak takut kucing ! Aku yang besar ni takut kucing dah kenapa ? okey, pelik.


nak tengok lagi aksi kucing comel?









Ya Ampun !! kenapa hampa comel sangat weh ? Kenapa la aku takut sangat kene cakar. Kene gigit. Ahaks. Kantoi sudah aku takut kucing. Eh, korang yang baca entry ni ada yang takut kucing ? Meh sepp sikit. hewhewhew . 


Sebenarnya ada cerita disebalik ni. Arwah ayah aku pernah cerita, masa aku kecik dulu, aku suka tengok kucing, lepas tu main la, then aku punya la geram dengan kucing tu , aku peluk, aku cekik kucing tu sampai dia cakar aku. And, sampai sekarang aku still takut kucing. hahaha. Lawak weh. Ingat lagi bila kucing datang dekat dengan meja makan aku time keluar makan, konfom suruh ayah halau. Masa tu kecik lagi, taktau ape ape pasal ni. Pendek kata, kalau nampak kucing, konfom arwah kucing tu. hahahah okey gurau.


So, Ada sesiapa yang takut kucing ? Alahan dengan kucing? Fobia dengan kucing? Langsung tak boleh tengok kucing. Kalau ternampak kemungkinan histeria? atau mungkin anda tidak keluar dari rumah kerana takut kucing dan terus blogging sampai pengsan ? Oh.. kronik. Maaf, anda perlukan doktor pakar ya. HeheHe. 

Tapi bagi kes yang tak suka kucing then dia sesuka hati duk terajang kucing, sesuka hati duk campak kucing sampai kucing tu mati, haaaa ini kes teruk. Anda kene jumpa doktor pakar jiwa. Sekian









Penakut, 





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9
Komen

Zaman Pre-Universiti



*buat buat lupa sejak bila tak tulis cerita pasal aku*

Lama tak tulis entry . Tiba-tiba terniat di hati nak belek draf dalam dashboard then ternampak tajuk ni. Dah lama aku tulis tapi aku tak post. Habis baca perenggan demi perenggan dan aku decide nak post entry ni.

*setahun sebelum ni*
(flashback)



My favourite picture ! huwaaa i miss pre-u so much !


* Redha , Bersyukur atas apa yang berlaku pada aku. Ya . Mungkin tidak sepenuhnya  menerima tapi itu lah orang cakap resam kehidupan. Past is past . Time amek result aku bersyukur and sebelum amek result aku redha terhadap result aku. Aku dah reset pada minda aku yang aku dah usaha . YA ! USAHA ! Then, bila balik dari sekolah, ramai orang tanya dan something happen to me and i was shocked ! (malas nak bagitahu apa yang terjadi) . Sedih hanya Allah je yang tahu. But, Leave it. I don't want remember it . That's hurting me !


(FLASHBACK  LAGI SEBELUM EXEM) 

*cakap dengan cermin*
 sebelum exem aku nak tentukan berapa aku nak . Aku target nak dapat apa, nak masuk Universiti mana . Bermain dalam minda ayat ayat tu. (belum apa-apa lagi dah berangan. Belum apa-apa lagi dah perasan dapat 4flat)

Mak dan Ayah : Angah, jangan nak main-main dah. Tu haa, asik hadap laptop jek (aku : tengah isi borang dan bila kene tegur je terus memikirkan ni lah akibatnya kalau asyik online jek, kan mak dah pikir lain. Padahal time tu buat kerja lain, haihh (mengeluh)  )


 (DI SEKOLAH)

Sebelum exem tiba, aku dah awal-awal rancang nak ajak salah sorang kawan aku tidur dekat rumah aku, sebab nak belajar. Then, Saliza setuju (Yey!) So, Tak ada lah aku terkebil-kebil, blur nak settlekan masalah-masalah aku yang bermain diminda aku ni. Nak-nak subjek Pengajian Am dengan Bahasa Melayu . Seriusly aku buntu time sebelum idea yang bajet gempak ni muncul. Yelah, i'm not best student yang selalu cikgu kabo dekat sekolah tu. So aku kene la plan sendiri sebelum exem, tengah exem nak buat apa kan.

Memang aku nak target lulus ah ceritanya sebab aku pegang kata-kata cikgu, "kalau kamu boleh lulus pengajian am dengan bahasa melayu walaupun subjek tambahan kamu 'slek' sikit, tak payah risau sebab dah memang pass nak mohon U". Pstt, subjek tambahan aku ialah Perniagaan dengan Geografi. Well, pelajar bisnes know better about this subjek kan? Dalam otak "ah mampos aku" . krikk krikk

So, berbalik pada cerita aku pasal nak ajak kawan tu :

Aku : Weh. Hang tido dekat rumah aku eh sepanjang kita exem? Boleh ajar aku ? Nak? Ko tahu je lah aku ni kan otak blur, bengong dan hapah tak paham cemana nk score. Nak baca buku aku ok. Nak solve semua soalan tu aku agak blur.

Tapi tu la, aku soal jugak diri aku sendiri, selama hengko belajar setengah tahun tu, apa ko belajar?

okey, chill. Bukan aku tak belajar, just kekadang BLUR ni MERIMASKAN ! Aku belajar, tapi cara aku belajar, lepas cikgu ajar aku mesti akan tanya soalan yang sama dekat kawan aku dan kawan aku cakap " yang engko hangguk kepala bila cikgu tanya "paham ke tak" tu kenapa ! Tanya la lain kali ". Eh, macam biasa la aku jawab " AKU SEGAN LA DOE." Ini bakal makan kaki la kan.

Saliza  : nanti aku tanya mak ayah aku ...
esoknya , approved !
then bila dah di 'approved kan' oleh mak ayah dia, yeppi ! alhamdulillah :)

Sally (saliza)  ni salah sorang kawan aku . Dulu tak berapa rapat sangat since kami tetibe rapat sebab selalu belajar dengan dia and my classmate. Kami selalu 1 group dekat kelas. Then, memandangkan dia macam best student jugak la , so why not aku belajar dengan dia . Bersyukur ya allah sebab allah berikan dia as my friends. Ye lah , since aku ni bukan dalam kalangan best student jugak lah aku kene berkawan dengan best student . huk huk huk .

So , bila sally ajar aku pengajian am, tetibe semangat dan akal dan otak logik aku datang dan berfungsi ! aha! hahaha bayangkan aku ni dengan cikgu tak berapa nak paham sangat, tetibe dengan sally ni okey ! alhamdulillah. Even, there's have something wrong with us happen. Ye la, adat belajar lah kalau ada something wrong . Macam-macam dugaan . Penat lah. Bosan la. Pening la. Tak paham la. Kekadang pun sally tak paham gak. Sama jek macam aku (sori sally . aku sengaja sangat tokok tambah cerita ni ) HA HA HA HA

(SEPANJANG PEPERIKSAAN)

Bayangkan kami turut merasa bagaimana si suami menunggu isteri beranakkan anak pertamanya. kah kah kah. Boleh ke aku bagi bayangan macam tu ? Tapi tu okey lagi berbanding kami ni yang tak tahu soalan apa yang masuk. kan? haihh, macam macam lah dalam hati ni. Tapi kene yakin sebab sebelum peperiksaan tu bermula, kami dah lakukan persiapan walaupun tak cukup lagi sebernanya . HAHAHA. Azabnya lahaiiii masuk form six ni , nak nak sesiapa yang ambil perniagaan. Memang menguji akal minda fizikal mental sampaikan cikgu mengamuk ! bayangkan lah mana cikgu tak mengamuk kalau asyik bercakap je. Dah la lelaki ada 2 orang je yang kelas perniagaan. Lebihnya perempuan! Biasalah kalau perempuan. Pot pet pot pet. Memang tak boleh dipisahkan. HA HA HA .


Beberapa bulan selepas nya, result keluar. Alhamdulillah, ramai jugak lulus. 4flat aku lupa berapa orang. Rasanya najihah sorang je kot. Yang lain 3A dan lain lain. Aku ? Alhamdulillah . Bayangkan result aku ni time exem biasa macam hampeh. Tapi, keluar real result buat aku rasa macam nak  emm nak em.... tapi result aku biasa je tapi bersyukur lah kan. Duniawi semua ni. (saje nak hiburkan hati, cis!) Tapi menangis jugak la. Hati tu time dekat rumah kebal semacam cakap tak nak nages. Tapi bila dah result depan mata, terus macam air terjun. Ha Ha.

*kching kching *

(kembali kepada realiti)


Ahaa.. itu lah dia sepanjang sebelum peperiksaan, semasa, selepas. Memori tu akan segar dalam ingatan aku. Ya. Mana aku mampu lupakan segalanya. Pahit ada. Manis ada. Rasa macam nak beli Dreamcatcher dalam cerita the heirs tu then hapuskan semua yang pahit. Rasa tak tertanggung. Eh tetibe emosi.

hm tahu tak dreamcatcher tu cemana ? Aku minat gila ni. Ok tetibe tukar topic. Ok sekilas saja. kkkk



kredit dekat ig shop . Aku pinjam gambar hampa sat naaaa. heheheh

*kchingg kchingg* iklan dah habis. heheheh

So kawan kawan semua. Saya hendak tegaskan disini (macam peguam) adalah zaman sekolah itu sangat lah best. ! Adik-adik yang masih sekolah tu, belajar elok-elok. Seriusly korang akan menyesal kalau tak belajar elok-elok. Menuntut ilmu tu kan wajib . Lupa ke? Macam sembahyang la. Kalau tinggal dosa. Haaaa cuma ilmu tu jangan sekadar tahu je la. Try apply bila diluar or ikut korang lah eh? Ingat aku tahu ke nak ajar cemana . Ha ha Ha . Nanti hakak buat entry baru pulak pasal menuntut ilmu. haha. That's all. Aku harap lepas ni aku dapat sambung belajar memana la .

Yela sebab tahun lepas aku nak sambung belajar mungkin tak ada rezeki atas sebab kesihatan arwah ayah aku tak berapa baik. So kami adik beradik kene jaga. Tolong backup mak la sebab mak pun kerja. Alhamdulillah, selesai tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga arwah ayah. Aku lega. Lepas ni jaga mak. InsyaAllah, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan keluarga kami.  Amin, doakan aku jugak tau korang. Assalamulaikum. Peace.


*mata masuk habuk pulak*





Selamat tinggal dunia persekolahan untuk selama-lamanya :(








kchinggg **







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

27
Komen

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida









Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :
Kategori Onlineshop :

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2
Komen

Lirik Lagu Jom Berzikir - Heliza Helmi




Assalamualaikum ! Lama tak hapdate ni. untuk permulaan tahun 2014, marilah kita berzikir duluu.. Esok-esok saya hapdate lagi. Tunggu !





Chorus:
Wahai sahabat semua kita adalah hambaNya

Jadilah marilah kita berzikir kepadaNya
La ila hail lallah La ila hail lallah La ila hail lallah
Muhammadur rasulullah


La ila hail lallah La ila hail lallah La ila hail lallah
Muhammadur rasulullah

[Ulang Chorus]x2

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akhbar
La ila hail lallah

La ila hail lallah La ila hail lallah La ila hail lallah
Muhammadur rasulullah

--
Dengan mengingati Allah hati kita tenteram
Mari kita semua basahi minda
Berzikir kepada Allah yang Maha Esa

[Ulang Chorus]







Ikhlas :






















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel