inspirasiwawazulkefli: 2013

Páginas

6
Komen

Kehilangan untuk selama-lamanya ..





Perkara pertama aku pikir bila buka dashboard ni, kekok. Tarikh-tarikh yang dinyatakan mungkin hanya anggaran(terlupa).

Harini aku taip pada 19/11/2013, 13 hari ayah meninggal dunia dan paling sedih, meninggalkan aku sekeluarga bukan buat sehari atau seminggu dua tapi untuk selama-lamanya. Esok genap 2minggu arwah tinggalkan kami. Aku anak kedua dari tiga orang adik-beradik bukanlah sebuah keluarga yang besar.

Terasa makin mengecil keluarga kami. Ayah lah kekuatan kami untuk hidup, untuk aku belajar. Tapi bila ayah takde, hati aku terpikir, mana semangat aku yang dulu sangat kuat, boleh keluar malam untuk beli makanan, mana ? Siapa nak temankan aku pergi belajar, register belajar macam adik dengan abanglong ? Jenguk tiap bulan. Siapa nak teman aku keluar beli barang bila mak keje ? Siapa nak teman aku bila mak kerja ? Mana sumber inspirasi aku sepanjang aku menulis blog? Merebut dengan arwah ayah nak guna laptop . Ayah yang selalu nasihat aku supaya kuruskan badan, baru lah senang cari pakaian?  Arwah ayah teman aku nak ke hospital bila asma aku datang. Now? i feel alone even mak dekat sebelah. I don't know. Lost something that you really love and that's your DAD and kami hanya berempat sudah. Aku rasa give-up nak belajar. Tapi arwah ada nasihat semasa pembedahan pertama, "angah jangan give up pulak nak sambung belajar bila ayah takde". Itulah ayat ayah. Ayah macam tahu je yang arwah ni nak sakit sebelum pembedahan kedua. Susah senang kami tempuh, kami saja tahu. Duit tak cukup, korek bank sini pabila bank sana tiada wang.

Al-fatihah untuk arwah ayah ,Zulkefli bin Daie. Ayah dilahirkan pada 17/09/1959  di Linggi,Negeri Sembilan dan meninggal pada 7/11/2013 pada usia 54tahun . Arwah berkhidmat di PDRM selama 33tahun bermula di Kuala Terengganu.

Keputusan MRI



Terlebih dahulu, sesiapa yang kenal arwah ayah sama ada rapat atau tak, maafkan arwah jika ada terkasar bahasa, terhutang duit , terhutang budi, terlantang suara,  tersepak dan termaki. Moga Allah membalas jasa baik anda. Ada ke ?



Kek terakhir yang ayah jamah walaupun arwah ayah tak suka kek.
Aku paksa jugak ayah makan. Ayah menangis aku buat suprise. Adik beradik aku dan  pak sedara aku wish. Ayah menangis. Sepanjang hayat , ayah seorang yang kuat. Tak pernah menangis. Tapi sejak ayah sakit, ayah kuat menangis. Terlalu banyak kisah yang ayah pendam. Ayah seorang yang kuat.



Alkisah..
Mungkin ramai yang tidak tahu arwah sakit sudah 6 hingga 7 bulan. Mungkin ada mulut-mulut yang gatal mengatakan ''alaa... zul tu sihat jek. boleh jek berjalan". Aku harap engko-engko yang sakit hati, baca lah entry aku ni puas-puas.Aku yang menjaga sepanjang ayah sakit kecuali di hospital kerana hanya seorang saja yang boleh menjaga pesakit. Ya, tawaran belajar yang diterima walaupu hanya ipts, aku tolak dengan hati yang tenang. Jujur aku kata, aku sanggup untuk tidak belajar semata-mata nak jaga ayah. Berkorban apa saja sebab peluang hanya sekali. Biarlah orang kabo ke aku ni bodoh ke, depa taktau kisah kita, depa orang senang boleh lah nak kabo itu ini. Manusia. Allah bagi musibah banyak kali pun , sekejap je berubah. k

Permulaan ..
Mulanya kami adik beradik dan mak hanya mensyaki arwah ayah hanya lah main-2 apabila kami menghantar mak ke HKL dan arwah ayah seperti tidak ingat jalan ke sana. Selalunya arwah ayah hanya bermain saja bila arwah cakap, arwah tak ingat jalan sedangkan dahulu arwah ayah kerap ke area KL bagi tujuan kerja. Then, mak rasa tak sedap hati, kami hantar ayah ke Hospital Teluk Intan (pesakit luar) dan buat medical check-up seperti biasa termasuk ct-scan untuk otak. Sebelum itu, semasa doktor check ayah, doktor hanya sahkan ayah ada masalah saraf sebab ayah berjalan seperti terawang-awang. So, dari situ kami ke ct-scan untuk scan otak sebab pergerakan kita juga dikontrol oleh otak juga kan ? so..

Pada tarikh 20/8/2013, aku hantar ayah untuk scan bahagian otak. Sebanyak 2kali berulang ke hospital. Then, sebanyak 3kali rasanya ayah kene scan sebab badan ayah terlalu lemah, so ayah kene makan ubat, lepas dari tu, barulah scan seluruh badan pula. sehari lepas tu, ayah kene scan lagi dan doktor bagitahu seperti ada ''something" atau "ketulan" di bahagian otak. Ya... Ketulan. Tetapi, doktor meminta untuk dirujuk di Ipoh(Hospital Raja Permaisuri Bainun) sebab doktor pakar otak disitu lebih mengetahui. Pada tarikh selepasnya(lupa) petang itu juga kami menaiki ambulans tiga beranak, aku , mak dan arwah. Gila ! 1st time naik ambulans. Jalan perak yang berombak buat aku pikir "aku taknak mati dalam ambulans" . Haaaa..

Pertama kali..
Ya ! Pertama kali dari pagi sampai 3petang di hospital. Pertama kali kene arwah kene scan otak. Pertama kali amek darah untuk diuji. Pertama kali naik ambulans. Pertama kali ayah masuk wad. Pertama kali ayah ada penyakit yang paling bahaya. Pertama kali.. Ujian masa ni aku rasa berat sangat. Tapi 'allah takkan bagi ujian itu untuk memberati diri kita'. Ya , didada aku masih tersemat zikir-zikir yang mak ajar. Ya, aku kuat lagi pada masa itu. Aku kuat kerana masih ada ayah, mak ,adik dan abang. Aku sangat kuat. Aku masih boleh tergelak. Tersenyum. Sampailah doktor pakar mengesahkan ayah mengidap kanser otak/ketumbuhan otak stage 3 pada 26/8/2013 untuk result MRI dan arwah ayah terus dimasukkan ke wad 6B(neurosurgeri). . Allah. Stage 3? How? Pemakanan ? Keturunan?

Keturunan? Langsung takde dalam family. Pemakanan? Apa arwah ayah makan, itu lah yang kami makan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Allah Maha berkuasa. Pada 27/8/2013, arwah ayah menjalani pembedahan. Aku,mak abang aku menunggu. Mak yang menangis aku tak reti nak memujuk sedangkan aku juga menangis. Cemana ? Jam 730pagi hingga 3petang ayah dibilik pembedahan dan dalam jangka masa itu jugak kami tak berganjak kemana-mana. Hanya orang yang pernah merasa saja yang tahu apa yang kami rasa waktu ini. Andai kata pendek umur? allah.

Selama 8 jam didalam dewan bedah, Alhamdulillah, ayah selamat dibedah. Specimen tersebut dihantar untuk diuji sama ada betul-2 kanser atau ketumbuhan biasa. Selama dua bulan. YA! 2BULAN kami menunggu dan appointment yang kami pergi sebanyak 3 kali(atau 2kali) adalah sia-2 sebab tiada lagi keputusan dan arwah diberi cuti. Selama itu juga ayah tidak bekerja. Dalam pada masa yang sama , pada bulan 9 kami bercuti, seperti entry aku yang sebelum ini aku sudah cerita (rujuk) pada masa itu ayah tidak boleh bangun, berjalan seperti biasa. Allah, satu lagi ujian. Ujian demi ujian kami diduga. Khabar dari doktor berlalu sepi. Pelbagai suplement kami cuba. SNE, E 7 Exfuze, ke ustaz, dan paling diingati, sepanjang arwah sakit, mak hanya bagi Air Zam-Zam sahaja. Kalau air masak biasa, mak tetap bacakan surah yassin dan ditiupkan ke dlm air itu. Bacaan yassin bergema setiap hari. Hanya pada allah kami meminta tolong.

 pembedahan yang pertama. Membuang kanser .

Pembedahan Terakhir...
Pada tarikh 1/11/2013, arwah dimasukkan ke dalam wad yang sama lagi .  Masih segar diingatan, ayah diikat disebabkan kami tinggal dikuarters polis tingkat 3. Keadaan ayah pada masa itu tidak boleh berjalan menyebabkan kami menyewa ambulans st.John .Sedih perasaanku. Pasrah. Sekali lagi kami dikejutkan dengan khabar dari doktor pakar, Doktor mengesahkan air dalam otak penuh tanpa kawalan dan Sel-sel kanser merebak disebelah kiri otak . Oleh sebab itu ayah tidak boleh berfikir dengan betul. Ayah seolah-olah berada didunianya sendiri. Ayah seringkali bercakap mengenai kerjanya, anak-anak buahnya(rakan sekerja ayah) , memanggil-manggil nama kami adik beradik dan juga mak. Sepanjang aku yang menjaga arwah, tiada yang sedih, semua gembira, lucu dengan gelagat ayah. Ayah memanggil seperti.., along.. angah.. adik, meh sini.. 1,2,3,4,5,6,7,8... haaa lepas tu ayah senyum. Dan, ayah panggil kami adik beradik dan mengajar kami mengeja, A.N.G.A.H ... Allah. Arwah seringkali memanggil aku dan suruh aku beli rokok, lighter. Bayar air dekat kedai . Bercakap dengan mamak kedai Fazari seolah-oleh dia berada dikedai. Mencuba untuk berjalan dalam dunianya sendiri. Aku senyum saja. Lucu. Benar, betul-betul lucu sepanjang menjaga arwah ayah. Tengahari pada hari arwah meninggal, aku hantar makanan dekat mak, dan aku sakat ayah dengan memegang tangan arwah, aku cakap " Ha! ayah buat apa tu dan arwah ayah senyum lebar . Lebar sangat tidak seperti sebelum ini. Allah :( . Lepas tu ayam mengidam air berais. Sepanjang hayat arwah, Teh tarik saja yang disukai nya. Aku selalu buat Teh Tarik Kaw Kurang Manis. hehe.. allah, rasa macam arwah masih hidup. Sepatutnya pada malam sebelum arwah meninggal, aku menghantar makanan dekat mak, tapi mak tak nak. Kesal. Aku tertanya-tanya, kenapa aku tak pergi. Mungkin kami adik-beradik turut berada disamping arwah. Takpe, semuanya telah selamat.

Pada hari ayah dimasukkan ke wad, rupanya abang aku juga ditahan di hospital klang kerana Denggi. Allah, ujian demi ujian. Alhamdulillah, abanglong sempat berjumpa arwah dan sebelum magrib(habis waktu melawat)kami  melihat arwah. Cium pipi,dahi dan tangan arwah. Sayu. Sedih. Mengharap hari esok masih ada peluang untuk cium. Tapi......

 Aku kesiankan abang aku. Aku harap along tabah.


Hari Penting. 
Tarikh &/11/2013, Jam 11.00 malam tepat arwah meninggal. Hari khamis malam jumaat. Meninggal disebabkan pendarahan dalam perut dan kanser telah merebak 1 kepala. Alhamdulillah. Arwah ayah tidak terseksa teruk sebelum pergi. Terkena sawan selepas diberikan ubat oleh doktor dan susu oleh mak. Jam 3pagi bertolak ke Teluk intan selepas menguruskan hal-hal jenazah ayah. Dimandikan di Surau Balai polis teluk intan kira-kira jam 4, Hujan rahmat turun setelah arwah selamat dimandikan. Jam 7pagi, bergerak ke Pahang. Kebumi di Kg.Bongsu,Lanchang. Alhamdulillah kami uruskan dengan tenang walaupun waktu itu rasa kehilangan yang teramat sangat sehingga sekarang. Kami pasrah. Allah lebih sayangkan arwah ayah . Kami pasrah. Kami juga tak nak melihat arwah jalani pembedahan ke-3 untuk membuang kanser yang merebak seterusnya kimoterapi. Cukuplah dua kali arwah terseksa. Terlentang atas katil . Pusing 360 darjah satu katil kerana tidak selesa. Tidak makan 3minggu. Bagi bubur Mcd tak mahu. Nasi goreng.  Hanya air Zam-Zam je lah kami bg. Tiada ubat untuk kanser. TIADA.

Sebelum ke dalam Bilik Bedah untuk pembedahan ke dua disebabkan air dalam otak penuh tanpa kawalan.. Salam tangan ayah, cium pipi,dahi. Arwah ayah mendongak sebab sakit kepala kesan dari pembedahan pertama.
Arwah ayah diikat sebab arwah agresif dan nak tanggalkan tempat masuk air

























Kenangan

























Baju adidas antara baju kegemaran arwah ayah.

Angah sayang ayah .. abanglong sayang ayah.. adik sayang ayah.. dan paling penting, cinta dunia akhirat arwah , Mak.. sayang ayah sangat-sangat . Al fatihah  Esok genap 2minggu arwah ayah tinggalkan kami. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Maafkan arwah andai kata arwah pernah menyakiti hatimu.

Maaf jika ada terkurang. Kesalahan bahasa. Kalau ada pertanyaan, sila komen di facebook atau chatbox blog ini :) Assalamualaikum. Sayangi orang tua anda. Jujurlah dalam setiap apa yang kita lakukan. Al Fatihah




Angah..

















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Volkswogen laa..





(JAWAB LA SALAM TU DULU BABE !)

*sambil betulkan badan*
*patahkan jari untuk start menulis*


Minggu lepas punya lepas ni aku bercuti. So, semua sedia maklum yang ayah aku baru lepas operate dan diberi cuti. Jadi, lepas ayah aku dapat cuti yang terbaru ni selama 2 bulan, mak aku pun plan la nak balik TERENGGANU. Disamping itu, nahhh ayat aku ada ayat bahasa melayu sangat ! HA HA HA. okey bersambung. Aku balik kampung di PAHANG dahulu. Tokwan aku tak sihat. Yelah, dah tua.

Uols bayangkan la aku punya excited macam berpuluh tahun aku tak balik TERENGGANU POWER NAK MAMPOS tu. haaa. Aku kasi capital. So, sepanjang perjalanan kami yang di drive oleh budak baru belajar yang bajet pro tu (aku lah mangkuk !), ikut genting uols ! Seram. menyeramkan. lagi seram dari tengok ''The Counjering'' anak patung huduh tu. Jadi, aku ni duk tweet la soalan bangang contohnya, ''turun bukit free gear ke ?'', kalau nak turun bukit gear berapa babe ?

Tapi, itu lah. Bukan hakak nak kabo apa. Bukan hakak nak poyo. Bukan hakak nak gedik. Nama je Followers beribu. Habuk pun takde. Aku rasa macam nak terjun je gaung Genting tu lu tahu! Takde sape nak jawab. Guwa rasa macam nak give up je lalu genting walaupun guwa dah dekat Genting pun ! Celakak ! Kalau adik adik tweetfamus tu tweet tergedik gedik nak balas. Ni hakak duk tanya benda serius,  takde sape nak jawab ? LOLLOLOLOLOLOLOLLLLLL. Apehal guwa lu je ni? Tapi lepas tu, pak sedara aku bagitahu, kalau turun bukit stay je gear 3. Free gear tu sebab nak save minyak, tapi bahaya la sebab laju. Masalahnya aku dah nak sampai setengah Genting tu dah, baru nak balas. Memang SAVE lah minyak kereta tu babe ! haaa ~ Tapi aku bawak macam ala-ala cover la sebab aku masih ada perikemanusiaan. Ayah aku tengah sakit kot dekat belakang. Gila kau nak bawak laju ? Mencari nahas babe !

So, aku teruskan jugak la dengan hati yang cekal, tabah sambil ayah aku membebel dekat sebelah kasi ajar sama aku yang tak reti nak handle kereta manual ni. Aku bukan apa, nak suruh ayah tukar kereta auto, kami bukannya dari golongan hartawan tu. Boleh duit bantuan beribu. Boleh duit biasiswa beratus. Aku ni pun ha tak sambung lagi degree sebab hal personal yang tak dapat dielakkan. Ha, clishea sangat ! So, aku senang dengan kereta manual ni sebabnya kereta manual ni senang nak ''MEREMPIT". Maksudnya, nak race la sebab nk lajunya tu lagi gempak bunyinya kalau pakai kereta manual. Ha lagi satu, kalau ada orang amek park kita, masuk gear 1, lepaskan clucth slow2 then tekan tekan minyak banyak kali. Baru depa tahu perempuan bernama Najwa ni sedang menyinga dalam kereta .

Then, sambil menikmati lebuhraya pantai timur yang tenang setenang air dilautan, aku terserempak la dengan kereta mewah. Contohnya, Volkswogen, Polo, Vios, Porshea, Duccati, Citroen, Prius, ..... Proton preve.. eh? macam ada tak kene ? kihkih So tetibe perbualan mak aku dengan aku terjadi. K yang tetibe tu, tetibe sangat.

Aku : mak mak, lawanya volkswogen....
Mak : eh, volkswegen lah !
Aku : volkswogen, yee angah dengar macam tu..
Mak : doh yer ahh

ting ting tinggg. Wawa the winners ! k

Pumpangpumpang dua minggu kami di Terengganu disebabkan kesihatan ayah yang tidak berapa baik. Kami stay lagi seminggu. Lepas seminggu, Sabtu minggu lepas aku balik. So, lalu lagi genting yang sejuk, seram sejuk nak mampus tu. So, nampak lagiii babe kereta tu. Maka, Terjadi lagi perbualan yang sama.

Aku : eh ! volkswogen lah mak ! Lawanya. Lagi lawa dari semalam. (Padahal kereta sama, kaler je lain. )

Mak : suke hati ko lah angah. Penat la mak nak melayan ko. nak melayan ayah lagi.

aku : K mak K. dia nak suruh angah beli kot kereta Volkswogen tu kan ?

mak : ha yelah ! orang lain beli Volkswegen, ko Volkswogen.

Aku : Terkena lagi lah ni ye. Bak air twister mak. Dahaga !

Mak : Mak pulak yang kene ye !

Angah : sama-sama kena . ( T____T )

mak : *krik krik krik


Kesimpulan dekat sini . Aku ni memang pelat nak sebut benda ni semua. Agaknya kene hafal dari internet baru aku pro. HA HA HA HA. Semoga aku dimurahkan rezeki , sambung belajar ke, konvo then kerja gempak . Then, beli Volkswogen ! KAh KAh KAh KAh . So, sampai sekarang bila aku ternampak kereta volkswogen, aku sebut volkswogen. So, aku taktau cemana cara sebutannya. Ada sesiapa tahu ke ?

Sekian dari aku ,














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Dugaan Allah S.W.T - Allah Sayangkan Kita.







Selamat Kembali kepada diri sendiri dan Anda juga di Blog yang serba kekurangan. Ecececeh !

Sejak bulan puasa hingga lah kini , tarikhnya 23/8/2013, saat jari ini menari diatas papan kekunci laptop , kami sekeluarga diduga dengan pelbagai dugaan ataupun ujian . Ya Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Penyayang melebihi kita semua. Hanya Allah S.W.T tahu betapa kami ini insan yang lemah. Insan yang tidak pernah tahu betapa Allah itu sangat sayangkan hambanya. 

Ya Allah, aku tak mampu berfikir apa yang akan jadi pada masa depan kami kerana hanya Allah saja yang maha mengetahui saat ini. Hanya berserah kepada Allah moga keluarga kita semua dilindungi daripada kejahatan dunia luar, maksiat dan perkara yang membolehkan Allah murka. 

Ya Allah, walaupun kami tidak kuat dan sering menangis, tetapi kami redha dengan ujianmu. Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa supaya Allah tahu kita ini sentiasa ingat kepada-NYA. 

Ya, kami sentiasa menerima nasihat supaya terus bersabar walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun, hanya Allah saja yang tahu betapa lemahnya iman kami. Lemahnya hati kami apabila menerima berita tersebut. Ya , kami menerimanya dengan hati yang sangat berduka cita. Tapi kami tahu, disebalik berita itu pasti ada hikmahnya. 

*****
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
    أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3] 
     
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
    إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.] 
     
    (sumber- Bicara Hidayah)
 *****

Perlukan ketenangan . Terima kasih kerana sudi membaca. Tidak boleh menaip lagi . Sebak pulak rasanya . 

Semoga Ayah terus kuat menempuh dugaan yang datang . Semoga ayah tidak mengeluh. Amin.
Assalamualaikum. Doakan kesejahteraan hidup dan kesihatan ayah saya .

“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)



 Si Penulis ,














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Selamat Hari Raya


 






 Haiya. Sulah Lama lidak lepdag belog ini maaaa. Jadi tup tap tup tip top tep nak rayaaa sulah.... eh eh Sejak bile aku pelat. kihkihkih 

So,memana kawan wawa dari facebook, Twitter, Instagram , blog, myspace, friendster(eh tetibe) kan, yang tak di tag tu, mintak maaflah . Jangan kecik hati okey? Wawa ingat semua kawan-kawan wawa. In Sha Allah akan ingat sampai bila-bila. 

Mana-mana yang balik kampung macam wawa, aiols wish for uols berhati-hati. Jangan sampai wawa update blog sambil menayang plat kereta seseorang yang buat wawa sakit hati time drive sudah lah ye. HAHAHA . Tahun ni wawa balik Negeri Sembilan(Belah Ayah) and Pahang (Belah Mak) and mybe balik ke Terengganu sekejap sebab nak tengok rumah kesayangan disana. So sesiapa tak balik kampung tu, wawa upah dia jagakan rumah wawa di Perak boleh dakk? kahkah. 

Disini, wawa titipkan sedikit pesanan untuk korang semua :

  1. Semoga semua orang Beraya dengan senyuman, bukan tangisan. 
  2. Semoga jugak Rumah kita tak ada sesiapa yang pecah masuk ! (Takut ! dah la balik lama)
  3. Semoga jugak korang bawak elok-elok kenderaan memasing k?. 
  4. Jangan terlena semasa memandu!
  5. Jangan memandu melebihi 130km/j (Gila rempit)
  6. Servis Kereta atau Cek kereta sebelum bergerak. (paling penting tayar, enjin kereta)
  7. Pastikan minyak penuh.
  8. Sediakan air dan sedikit gula-gula di dalam kereta . Especially for driver sebab kalau wawa memandu dekat highway, YA ALLAH ! MENGANTUK GILA !
  9. Jangan bermain telefon semasa memandu. Sebab apa nak tau? sebab wawa pernah jugak masuk dalam situasi ni. Lembab gila drive padahal dia pakai line kanan ! Benci k Benci .
  10. Berhati-hati dijalan raya dan berhenti di R&R kalau mengantuk sangat !

Jadi... kawan-kawan blog saya bercuti dimana ye? wawa nak mintak maaf kalau sesiapa yang wawa tak kenal ke, wawa kenal ke yang ada terusik hati dengan wa. Wa mintak maaf ah dengan lu orang. Moga dimaafkan. Manalah tahu kalau pendek umur. Wa mati dengan senang la kalau semua orang maafkan wa. hehehehehheheeheh


Assalamualaikum dari saya wawa zulkefli. 







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Tutorial Tudung Bawal Peisly #2



Hi ! 
Sihat? 
Sakit?  
Okeylah, lepas awak semua tengok tutorial bergambar ni mungkin rasa sakit awak akan berkurang sikit. So, Jom ?! ((kalau ejaan Peisly tu salah, betulkan lah sendiri . Ingat aku ada masa nak betulkan? k.. ))

Wawa buat tutorial ni sebab ecah yang nak tengok cemana . Masalahnya sekarang, ni versi troll . Kesian awak semua. hohohohohohoho T_T
   



  1. Letakkan pin tudung macam biasa . Ala macam korang pakai tudung bawal tanpa fesyen2 tuu. heee got it?

2. Ambil mana-2 bahagian sama ada kanan atau kiri,







3. Korang jadikan 1 untuk sebelah tu. ((sila perhatikan bebetul picxxx ni)) .((kiranya korang bukak la tudung yang dilipat dua tu, jadikan satu !)) GOT IT?

4. Tarik bahagian yang dijadikan 1 tu dan letakkan bahagian otak ((mana-2 belah)) ((kanan atau kiri)) ((kasarnya bahasa aiii)). PAHAM KE IDAKKK?








 
5. akanjadi macam ni laaa haaaaa .

6. SELEPAS ITU . ambil sebelah lagi bahagian bawah tuu, jadikan 1 jugak macam tadi . ((kiranya korang bukak la tudung yang dilipat dua tu, jadikan satu !)) ((copy and paste ayat diatas)) ((malas taip))

7. Pin kan dibahu sebelah mana anda suka lah ehh . kikikikikiii ((AMARAN: jangan pin bahu sekali))

8. JADI MACAM NI LAA HAAAA ~ (comeykan bibir iolss)








TARAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!



P/S : lepas tu tangkap gambar dan framekan . semoga gambar ini menjadi kenangan manis . ((sangatt))




 ada lagii .....




NASIHAT : kita pakai tudung bukan sebab fesyen je, tapi dalam hati kene niat bebetul . Barulah Allah redha , Barulah hati kita senang. Hidup gumbira sentiasa. Kalau muka cantik/hensem+perfect tapi hidup tak gembira ? Acane tu??



P/S : Sesiapa yang singgah ni, kalau korang tahu buat tab untuk blog, sila inform saya . Tak reti la ! :(
p/s : SELAMAT BERPUASA SEMUAA !!


Ikhlas membuat tuto ini :









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2
Komen

Dia









Dia yang khuyuk memerhati ...
Hiruk-pikuk kesibukkan bandaraya
Pejalan kaki sepertinya,
Pekerja,
Pelajar sekolah,
Penjual dikaki lima.
Sibuk .

Dia yang memerhati dunia yang semakin berubah.
kemajuan , kekayaan, tekanan, pekikkan manusia yang semakin hari ,semakin lantang.
Dunia makin berubah,atau
Dunia sedang berubah.? atau :
Dunia yang semakin hari ,semakin berubah.

Dia yang memerhati sekeliling,
ketinggian bangunan
kesesakan jalan raya
kepadatan rumah-rumah
pokok yang ditebang,
bangunan yang dibina,
bukit yang ditoreh,
hutan yang diceroboh
suasana yang dulunya nyaman, kini semakin terancam.
Ah! mengeluh...


Dia yang memerhati,
bayi yang menangis kelaparan,
budak yang menjerit memainta gula-gula,
ibu yang memarahi anaknya,
ayah yang runsing mencari nafkah untuk keluarganya,
remaja yang semakin hari , semakin dihimpit pelbagai persoalan
semakin hari , semakin banyak masalah.
dihujani dengan masalah,
diduga oleh masalah
diberi ujian oleh-Nya.
Diam memikir sejenak.

Dia yang memerhati,
tinggal dihujung kota,
bermonolog sendirian,
mencari rezeki sendirian,
tidur sendirian,
memerhati sendirian,
merungkai persoalan sendirian,
tanpa masalah.
Tenang,
Bersyukur.



Dia yang memerhati, 
' seseorang '













Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1
Komen

Cinta Moden


Salam dan sila terkejut dengan kehadiran aku disini . K
Chak? 
Okey , bebajet kiut dan ye. dah hampir satu bulan jugak wa dah cuti dari kemalasan melampau . Dan, hari ni aku rasa nak story satu kisah cinta.

Ye. Cinta . Alamak ai ! mesti korang duk cakap, asek cinta, chenta, cinta je. mana cerita lain. ? Dan jawapan aku, siapa suruh klik link ni? .. okey, dah keterlanjuran hampa semua kesini,marilah kita membaca. Sebab membaca amalan mulia.

Cinta. Cinta itu datang dari pelbagai sudut. Bukan sudut math tu, tapi ... ok lah dipendekkan cerita. Cinta ni macam datang secara tetibe. Tengah kau nak memarah di twidder , tetibe orang menyampuk, dan menyampuk tu budak yg hot setaf(dibaca : hot) . okey bila korang dah layan punya layan and tetibe dia mintak nombor di DM. (mohon gugel kalau tak paham). Dan itulah cinta kalau hampa nak tahu. see, sekelip mata kita boleh jatuh cinta, dan sekelip mata kita boleh rasa benci. Benci nya selepas ko stalk dia dan tgk dia meroyan sebab makwe buat hal. Ha ....

Cinta yang kedua pulak seperti kau tengah update status pada pukul 1130 malam, ''hi, siapa tk tido lagi, sila komen'' (typical) . Dan tetibe orang im (sila gugel kalau tk paham gak). okey ini kalau dikira dari sudut logiknya, dari status dia suruh komen, mamat/ minah ni lagi up cerdiknya, dia im terus. ini dikira gelojoh dan lepas kau layan si gelojoh ni, dia dh start tanya, awak ada wassep dakk? okey ni cara teknologi paling fail pernah aku jumpa. Ia dikira meminta nombor tapi ni paling dungu. haha (dibaca : membongak haha)

Cinta juga datang dan pergi begitu sahaja seperti anda meminta ID WeChat . 

H : hi , apa kabor? 
M : assalamualaikum , kabar baik . kita kenal ke ?
H : (hjajdksd929@(#*()@ ) (sabar ni sebab nak ID WeChat) kita tak kenal lah sebab tu nak kenal-kenal . hmm awak , ada WeChat, saya tak boleh online lama ni . Boleh kita sembang-2
M :  hmm okey , nah la ID wechat saya . 'hanyaawakcintasayaseorangplisjanganpegijauh'
H : ?!W*(!@(!(*!


itu lah cinta

Dan cinta itu perlukan kesabaran dan disaat anda baca ni, perlukan kesabaran sebab dah tamat.

Ah ! Sudahlah pasal cinta

Pasal cinta, kita merana, meroyan tak tentu hala sampaikan kita lupa pada Yang Esa.

Itu sahaja.


salam . xoxo











Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

12
Komen

Tutorial Tudung Bawal - Versi Gambar




Hi. Hari ini rasa nak buat tutorial tudung yang saya buat. Tak tahu lah kalau korang pernah try ke . Saya nak tunjuk je . Jadi, jangan bosan nak tengok sebab gambar je semua. ihiks !! jom kita lihat :)


  1. Ambil bahagian kiri  (ikut keselesaan sendiri .)
  2. Lepas itu, jadikan bahagian yang diambil menjadi satu bahagian.

3. bawak ke sebelah kanan dan pin kan dengan kerongsang (gambar atas) (kerongsang bentuk kecik) dan akan jadi seperti gambar dibawah





4. bawak lebih tudung tadi, dan letakkan pin lagi (kerongsang) dan akan jadi seperti gambar dibawah

seterusnyaaaaaa.......


#1

#2
#3

5 . ambil sebahagian lagi tudung sebelah kanan tu, lepas tu bawak ke kiri. (sila tengok step #1 hingga #3 ) Bahagian hadapan akan jadi labuh .


#4
#5

6. Lepas tu, sebelah bahagian itu akan jadi macam #4 dan boleh lah hiaskan subang dan menjadi seperti #5

7. DONE!!
CAKKKK ! DAH JADI ~

'' AWAK JANGAN LUPA CUBA TUTORIL NI OKEY? ''




Oleh :










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel