inspirasiwawazulkefli: Perbezaan FOUNDATION dan BB CREAM

Páginas

0
Komen

Perbezaan FOUNDATION dan BB CREAM





PERBEZAAN FOUNDATION DAN BB CREAM( ikut peredaran zaman-NOW DD CREAM).



Hi , assalamualaikum. Lama tak tulis entry. Lama tak berceloteh. But harini bukan nak berceloteh dan membebel sesaja. Ni haaa nak kongsi . Kongsi apa? nahhhh sila baca tajuk diatassss yek! haha Wawa terpikir nak share sebab ramai tanya apa perbezaan FOUNDATION DAN BB CREAM? Ada tu tanya.. Foundation ni apa? Allah, rupanya ramai lagi yang taktau naaa.

Foundation ni sebernanya ikut peredaran masa jugak. Now tengok la ada jenis bedak campuq sekali dengan foundation. So jimat la korang sebab tak payah beli bedak buttttttttt .. i think still kene alas kan dengan bedak sebab tekstur foundation ni kekadang kita akan nampak macam berminyak sikit kan?(or cair. cemana nak cakap eh? haha) . So still kene alaskan dengan bedak supaya nampak lebih kemas dan tak nampak berminyak sangat

Ha thank you dekat google sebab wawa ada jugak cari dalam google dan dicampur dengan ilmu yang hadoo.

Ha kalau sesapa yang tahu pasal bidang ni , boleh la share share ye? meh komen komen meh . We ols need ur feedback. Boleh la belajar bersolek. Boleh la make up pengantin. EH? tetibe... haha

Jom membaca komee !


[ FOUNDATION ]

Assalamualaikum.
Foundation ni bukan untuk memutihkan kulit ya sebaliknya fungsi dia ialah untuk menyamaratakan tona kulit yang tak sekata tu.
.
.

Tekstur FOUNDATION agak tebal sikit banding dengan BB CREAM , tapi sekarang ni dah ada  foundation yang tekstur nipis.
.

Full coverage. Maksudnya, foundation ni boleh menutup parut jerawat, eyebag kat bawah mata tu and any imperfection kat muka kita.


Foundation ni ada banyak tona warna. Dari yang putih melepak sampai ke coklat gelap. Sebab kulit manusia ni macam-macam kaler. So, korang kene pandai pilih tona yang sesuai dengan kulit korang.

.
.

[ BB CREAM (now DD CREAM) ]

BB cream pula, fungsi BB cream ni lagi best jika nak banding dengan foundation.


BB cream ni bukat setakat krim yang disapu kat muka tu saja malah BB cream ni ada pelbagai fungsi iaitu kat situ lah ada moisturizer, sunblock, primer, foundation, concealer, anti-aging dan lain-lain.
Bertindak juga untuk merawat kulit.
( bergantung juga pada sesetengah jenama. Kene pandai pilih supaya muka tidak gatal-gatal )


⇨⇨Tekstur BB cream ringan sikit berbanding foundation.
Light coverage which is, bila korang pakai, muka korang tetap nampak natural macam tak pakai apa-apa. Tapi dia tak cover sangat lah korang punya parut-parut tu semua sebab tu it look natural. Dapat cover sikit lah.

Bagus lagi pakai BB cream compared dengan foundation sebab  pakai foundation pun boleh nampak tebal sangat dan OVER . Tak bestnya! So,dengan memaka BB cream or mybe sekarang dah dipanggil DD CREAM lagi bagus sebab effectnya yang ringan . Sesuai untuk bersantai di pantai,kekedai depan rumah, pergi majlis jiran-jiran dan lain lain. Takkan kita nak pergi ke rumah jiran pakai make up tebal-tebal kan?

⇨⇨Tona warna dia agak terhad. Paling-paling minima pun ada 2 warna aja.( IKUT PEREDARAN MASA).
.
.
CONTOH WARNA IKUT KULIT FOUNDATION BY IBEAUTY 

⇨⇨Boleh pakai hari-hari. Ha, yang ini yang best ni. Korang boleh pakai BB cream ni ke kelas ke, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan ke ataupun bila-bila lah korang rasa nak pakai. Tak ada masalah. Muka korang rasa ringan aja ok? Tak berat pun.




Wawa Zulkefli ,













Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 merepek kerepek:

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel