inspirasiwawazulkefli: Tips Belajar #1

Páginas

0
Komen

Tips Belajar #1


Hi. Kali ni nak bagi tips. Tips ni saya panjangkan @ share dr website lain dan edit sikit-sikit bagi menyesuaikan post kali ini. Saya teringat semasa saya pergi ke rombongan sambil belajar. Cikgu Pengajian Perniagaan ada memberi satu kajian . Kajian menunjukkan bahawa:
  • Kita ingat 10% apa yang dibaca         
  • Kita ingat 20% apa yang didengar
  • Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
  • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
  • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Jadi , saya rasa kajian ni mungkin betul sebab saya bila belajar hanya boleh faham selepas mempraktikkan atau membuat latihan sesuatu subjek tersebut . Ye la, kalau asyik baca, masuk kepala sikit je.  Bila nak buat latihan ,terus lupa kan? Betul tak?  Jom tengok tips yang saya dapat dari kawan, internet, dan dari pelajar yang pernah dapat result yang bagus .


  • Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  •   Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
  •   Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
  •  Guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 
  •  Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
  • Perkara yang wajib perlu segera ditunaikan dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari selepas solat. 
Sebernanya, tip-tip dekat atas ni semua sedia maklum dah kan? Jadi, kalau korang ikut tip-tip atas ni, in sha allah , pembelajaran korang akan bertambah baik . Saya ada juga tanya takkan ni je tip nya? jadi mereka berkata, selalu lah berdoa kepada Allah dan membaca Al-Quran . Selain itu, pelajar perlu juga ambil tahu tentang perkara yang melemahkan otak. Saya search juga dan boleh lihat 10 perkara dibawah .
  1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan  pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
2.Terlebih makan.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3.Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4.Mengambil Gula Berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5.Menghidu Udara Yang Tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.
6.Tidur Yang Berlebihan.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7.Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8.Kurang Berimaginasi.
Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. Tapi berimaginasi perkara yang sepatutnya lah. Bukan benda bukan-bukan ye ?
9.Jarang Berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita. Pelajar sepatutnya belajar membuat latihan yang diberi oleh guru sama ada kerja rumah atau sekolah .
10.Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
Sumber : Blog Ilmu Dan Tips Belajar.
Akhir kata, carilah ilmu selagi masih hidup dan agak-agak korang , kalau korang tak belajar, korang akan jadi pandai tak?

sekian. 

Yang Benar :












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 merepek kerepek:

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel