inspirasiwawazulkefli: Make-up Itu Penting ke?

Páginas

1
Komen

Make-up Itu Penting ke?








Ahhcummmm! Nah ! Walaupun dalam keadaan tidak mengizinkan utnuk menulis blog, tapi tetap gagahkan diri ini. Bosan kan asyik tidur je? hehe... By the way, straight to the title, semua sedia maklum make-up atau solekan dengan wanita tidak boleh berpisah walaupun sekadar membeli sayur dihadapan rumah. Haha, ini lawak . Bayangkan kita nak beli sayur or barang keperluan lain kan? tapi make-up nahh ! Liptick+Blusher+Celak+Eyeliner. Cantik! Yes,of course lah cantik. Tapi keterlaluan ! Bukan nak mengata, tapi saya pernah jugak nak pergi kedai sebab mak suruh beli mee kuning je, tapi bersiap kemain. Ayah siap warning, kalau lambat siap, tinggal kan je. ! Haha. Sedih. But ,now, saya dah jarang bersolek-solek ni atas sebab-sebab tertentu. (jaga muka) hahaaa..
 
Make up ni sebernanya bukan lah nak tunjukkan diri kita ni plastik . That means , kalau kita make-up sebab nak orang tengok. Tambah-tambah pula sekarang ramai pulak yang ikut lirik lagu one direction tu kan ? Samapaikan saya yang suka make-up ni menjadi plastik seketika. Ye la, ramai tak suka orang make-up, so saya pun kene kurangkan make-up lah? Duh, saya paling tak suka mengikut kata-kata orang luar yang hanya tahu menilai orang dari luaran. Beware okey? Tak semua orang suka dengan apa yang kita mahukan . Oh no ! Actually, Make up ni nak menutup segala cela dan kulit kusam kita. So tak salah lah kita nak make-up sebab memang perempuan tak boleh berpisah dengan solekan walaupun secalit bedak kompak . Tak percaya? Boleh tengok semasa mereka berkahwin mereka tetap memerlukan make-up untuk merias wajahnya. So, who say make-up not important for us?(women) . Make-Up penting jika kita menghadiri sesuatu majlis sebernanya tapi bukan ke rumah jiran . Haha kemain .

Make up memang la boleh tapi dalam kadar sederhana dan saya teringat kata-kata ini, cantik itu indah. Cantik itu subjektif. Cantik seseorang itu tak semestinya bersolek tetapi cantik seseorang itu mempunyai aura kecantikannya tersendiri. Mungkin kita boleh lihat melalui dialog dibawah ini.
 
make up tebal + make up nipis

A: Imah, tengok budak tu. Cantik kan? Tapi dia tak make-up pun. Kacukan kott..

B : Wah ! Cantiknya awak. Nak pergi mana solek catik-cantik ni?

C : Cantik kan dia tu? baik, suka tolong orang .bla bla blaa ....

Dan banyak lagi. Bukan cantik tu sekadar lengkap dengan perhiasan di badan kita. Tapi cantik luar dan dalam. Yeah, dah ramai menulis kecantikan luar dan dalam ni. Tapi hakikatnya? Ramai lagi mencemburui kecantikan seseorang tu. Sampaikan sanggup melakukan perkara syirik . Okey bab agama aku tak pandai sangat. Tapi yang baik yang buruk tu aku tahu and aku harap kawan-kawan aku tak ada lah mengamalkan perkara ni. In Sha Allah. Amin.

Jadi, Apa yang ingin saya tekankan disini, kecantikan itu bukan disebabkan solekan sahaja, tetapi penjagaan hati kita , petuturan kita dengan orang lain, keperibadian kita dan paling penting hubungan kita dengan ALLAH kene lagi lagi lagi lagii  ... cantik ! Baru lah aura kewanitaan kita terserlah . 

 Jangan risau jika kita mempunyai kekurangan sebab semua ni hadiah dari Allah S.W.T bukannya kehendak kita tetapi sebagai manusia kita memerlukan perubahan dan ingat kata-kata ini? 'Tiada orang yang boleh ubah seseorang itu melainkan dia sendiri mengubahnya'. Tetapi kebanyakan perubahan tu disalahgunakan akhirnya memudaratkan diri sendiri. 

Akhir kata, isu make-up atau pun tidak, bukan menunjukkan seseorang itu plastik atau tak . Tapi dalam pada masa yang sama berpada-pada lah dalam memakai alat solek ni . Saya tak reti sangat nak nasihat orang. Lagipun saya jugak seorang yang kaki make-up. Hehehee... Jadi tak salah nak Make-up cuma perlu berpada-pada kerana tak semua yang kita pakai itu sesuai dimata orang dan jangan pula kita mengikut kata-kata orang sedangkan hati kita lain. Kan? Tepuk dada ,tanya selera.

sekian.   

Cantik Luar Dan Dalam,  










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 merepek kerepek:

Ana Farhana said...

penting sikitla.. utk confident hehe. tp klo da ade confident tggi.. simple make up pun okeh dah.. :D

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel