inspirasiwawazulkefli: Hati Terusik

Páginas

0
Komen

Hati Terusik




Hati orang .
Sesetengah boleh dibawa bergurau(macam aku)
Sesetengah boleh dibawa berbincang ( macam aku)
Sesetengah orang suka marah kalau kita pegang barang dia (macam aku sikit)
Sesetengah orang langsung TAK ADA PERASAAN ( langsung bukan macam aku)
Sesetengah berhati lembut (macam aku sikit)
Sesetengah orang hati batu . Keras dan Tak suka dipaksa. (macam aku)
Sesetengah orang suka jiwang ( aku rock?eh? )
Sesetengah orang langsung tak ambil tahu pasal keadaan sekeliling dia
Sesetengah orang suka ambil tahu pasal orang lain
Sesetengah orang suka warna pink ! (aku semua warna suka .Paling latest oren,peach, purple)


Bila hati terusik, semua perkara kita pandang serius ,kita sedih disebabkan sesuatu hal yang kecik. Aku bukan nak cakap pasal keburukan orang dekat sini. Main topic aku ialah kenapa aku ni cepat terasa sekarang? Tapi bila aku kecik hati pada sesetengah orang, terus aku pikir semula , 'kenapa aku kene terasa dengan apa yang dia cakap?' ,' kenapa dia cakap dekat aku macam tu?aku ada buat salah ke ?' so ini antara persoalan yang aku tanya dekat diri sendiri. 

Kebiasaannya kita cepat terusik dengan apa yang orang lain update kan? Kekadang aku pikir bila aku masuk laman sosial yang dulunya aku pikir 'ah aku nak seronok' Contohnya macam twitter kan? aku dulu buad sebab seronok ! Itu je aku pikir sampai lah follower aku bertambah then aku terpikir , apa yang menyebabkan mereka suka follow kita? Aku bukan nak sombong sebab follower aku ramai ke or else sebab aku tak pernah nak kejar follower seperti sesetengah orang . So, bila dah ramai orang follow , aku semakin takut nak 'tweet' , sepertinya semua orang pandang tweet aku. kalau aku mencarut dekat tweet tu , bukan ke follower pun ikut sekali ? Tapi mintak maaflah sebab kekadang kesabaran aku hilang bila marah :) Sesekali aku akan istigfar sebelum tweet nak nak bila aku tengah marah . 

Mungkin korang tertanya 'perlu ke luah dekat twitter?Facebook?' Sometimes pemikiran macam ni terlampau mengikut sangat kata-kata orang sekeliling contohnya 'jangan luahkan dekat laman sosial ni, luahkan pada allah kan bagus '. Yes ! This ! aku memang lah setuju luah dekat Allah , hati berasa tenang . Tapi kalau time tu kita dekat luar? kita tak boleh sembahyang pulak macam mana? 

Walaupun orang sering cakap , benda kecik pun nak ambil hati tapi pernah ke kita muhasabah diri dan pikir balik pasal diri kita , adakah kita ni perfect sangat sampai orang mengata kita pun kita still tak ada perasaan ? Kebal?  Aku pernah jugak dilemparkan persoalan seperti 'wawa, kau tak sakit hati ke orang panggil kau besar la, bonzer, gemuk, dah la badan besar , bajet cun bla bla bla. ' nahh , orang seperti aku banyak ditindas kan? Yes. aku memang ada kecik hati, tapi lepas pikir balik, kawan kan , buad apa nak kecik hati. Aku manusia biasa. Aku ada perasaan . Tipu lah kalau aku tak nak kurus kan? Sekarang aku tengah diet. Alhamdulillah, ringan sikit badan . heee. Walaupun aku berbadan besar, aku ada hak nak "Bajet Cun, Bajet Lawa tu semua. Adakah Bajet Cun dan Lawa tu perlu bersyarat? Lain la nak jadi model.

Tapi , aku jenis macam alaaaa. watlekk watlekk. Mulut orang kita tak boleh tutup. Ingat ayat tu je. Kita hidup bukan berpandukan ayat suruhan "stranger di laman sosial" kan? Kita ada life kita sendiri. Mana yang boleh tahan ,tahan selagi mampu. Bersabar separuh daripada iman. Kalau lah ade manusia yang perfect dari segala segi , boleh lah aku nak tunjuk dekat korang kan?

Apa yang penting , kawan-kawan aku terima aku sebagai kawan mereka, aku ada family aku yang sayangkan aku, cousin aku, kenkawan yang kenal aku . By The Way , thanks kepada follower aku lah kan yang follow aku dekat blog ni, dekat facebook, instagram, twitter . Bukan nak bajet artis, tapi aku terima kasih sebab menerima kehadiran aku disini . Aku tak harap banyak, kalau sama-sama hormat antara kita , aku boleh je kawan dengan korang. Aku jenis open kalau nak berkawan. Jangan korang bimbang.

setakat ini sahaja . hmm sempena kedatangan 17/04/13 ,happy birthday to me :) hehe . Tak nak bagi hadiah ke? assalamualaikum :)






Yang tercomel :





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 merepek kerepek:

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel