inspirasiwawazulkefli: Realiti Hidup

Páginas

0
Komen

Realiti Hidup




Hi assalamualaikum semua. Apa khabar? 


Dah nak habis 2016 dan aku macam dah lama tak jenguk blog ni. Tetibe malam ni termimpi-mimpi, terindu-rindu nak blogging semula. Hihihi. How's my life so far? Mesti ni korang nak tanya kan? ke tak? tak ada sesapa ke nak tanya? Ok fine, sedih. Tapi , nah! itu lah dikatakan realiti. Kita pikir orang ambil tahu perihal hidup kita, tapi ada ke ? haha okey jom kita cerita sikit kisah hidup aku setelah sekian lama tak ber-blogging. Bahasa pun makin umph ke makin errrrr? kih kih kih .



Aku tiba-tiba teringat masa aku kecil dulu. Ya, aku kecikkkkkkkkk kot dulu. Hehehe, Sekarang je besau. kah kah kah. Okey, masa aku kecik dulu kan, aku macam tiba-tiba ada power ajaib yang datang dalam otak aku "Bila aku nak besar?". Engkorang bayangkan lah, wawa yang sekecik tu pun boleh terpikir untuk cepat membesar. Bila dah membesar dan membesar, tiba-tiba aku teringin nak kecik semula. Sebab apa? sebab masa tu aku tak payah pikir how to struggle in this life. ha! Serious do, Korang ingat senang ke nak struggle dekat dunia ni? 

Then.... 
suddenly...
Tiba-tiba..
Pada suatu hari...

bambbbbb!!


Aku dah besar. Rasa macam sekejap gila weh aku dah 23 tahun. Ko ghase? Bila dah besar , macam-macam dugaan datang. Macam-macam benda muncul dalam hidup sampai la bila benda yang kita takut tu, betul-betul jadi depan mata kita. Benda yang kita tak nak ,tak mahu dan tidak bersedia untuk Allah tarik depan mata kita tu lah, Allah datang untuk menguji. Dugaan paling besar bila aku hilang arwah ayah. Tapi aku tahu, dugaan. Aku tahu Allah sayangkan arwah. Al-fatihah. 


Now , aku sambung belajar. Wah, sambung belajar. Orang yang memang impikan benda alah ni mesti lihat kami ni bertuah sebab sambung belajar. Alhamdulillah. Nak kata apa? aku kene tunaikan tanggungjawab aku untuk tunaikan impian Mak dan Arwah ayah yang memang nak sangat anak dia sambung belajar dan habiskan belajar dengan cemerlang. Stress ke? Belajar weh. Kalau aku letak buku setebal kamus depan kau orang, korang boleh ke ? Belajar 1 sem selama 3-4 bulan, final, result. Bab result paling sakit . Benda yang kita target tu, tak mencapai dengan apa yang kita nak. Tapi Semua ni kita berbalik la pada yang maha berkuasa . Allah tahu takat mana kita mampu buat. Takat mana kita punya otak tu pergi. Tapi tak bermakna tak usaha. Lepas usaha lah baru nak berdoa dan tawakal. Gitew kata prof nye. hahaha 



Tapi result tu letak tepi. Selagi atas pointer 2 , tu kira engkorang lulus lagi la. Tapi kalau boleh, 3 tu sedap sikit. hehe., Bila belajar ni, benda paling kita lemah ialah "mak, angah takde duit dah. Semalam angah beli mango cheesecake. Sedap mak." "Mak, semalam angah pergi kuantan, beli beg dengan kasut." Respon mak apa? "Makan la benda tu. Kenyang la."  KKKKKKFINE mak .  
Hahahahaha. Duit ni susah nak kawal kalau kau seorang perempuan seperti wawa, Tak ada duit letak tepi. Asalkan perut kenyang. Walaupun aku ada online shopping sendiri tapi duit tak pernah nak cukup sebab semua mengalir untuk makanan. Tempat belajar aku pulak mana ada mall. Muadzam Shah kot. Ada ke mall nak pegi shopping? So, makanan je la untuk lepas stress. hehe 



Bila aku tenung balik kehidupan aku. Tak lengkap. Tak lengkap tanpa arwah ayah. Aku teringin nak cerita dengan arwah ayah, nak mintak duit dekat arwah ayah, nak berjalan sana sini dengan arwah ayah, nak makan dekat mamak dengan arwah ayah. Semua yang orang ada ayah buat, aku nak buat. Seorang anak perempuan akan berasa selamat jika seorang ayah ada di sisi. Ko tahu aura ayah macam mana kan? Nak pulak arwah ayah aku polis. Suara garang. Muka hensem(anak comel). Badan segak(dapat anak comel pulak tu) . That's why bila arwah ayah ada dulu, aku ikut je arwah ayah pegi mane-mana. Sebab tu aku jenis ingat jalan kecuali jalan ke hati awak. ehh tetibe. kkk serius. Aku terfikir, arwah ayah seronok tak tengok anak dia ni dapat sambung belajar? Aku terfikir, arwah ayah bagi ke aku sambung belajar ni sedangkan aku nak kerja sebelum ni? Aku teringin gila tau nak macam ayah orang lain. Melawat anak dia every weekend(kalau dekat),Dulu abang dengan adik aku selalu aku,mak dan arwah ayah pergi lawat dekat Shah Alam. So aku dulu-dulu memang impian aku dapat sambung belajar dan nak arwah ayah hantar aku,jenguk every weekend, amek aku balik every weekend dan call aku kalau rindu. Tapi aku tak dapat semua tu. Aku nak sangat tapi aku tahu aku tak dapat. (wipe tears) Masa aku mula-mula masuk belajar, mak dengan abang aku nak balik, aku dapat rasa arwah ayah pun ada sama masa tu. Aku tahu arwah happy dengan keputusan ni. Tapi aku tahu, Allah tahu apa aku rasa. Dia hilangkan rasa sedih tu dengan buat aku kuat dengan family aku yang sekarang.


Kehidupan masing-masing tak sama. Kita dapat lebih, ada orang tu pun sama dapat lebih tapi mungkin konsep yang lain. Allah bagi sama rata je. Cuma kita je nak bentukkan macam mana kehidupan kita tu. 

Selalu bersyukur dan Tabah jalani hidup anda. 

Assalamualaikum. Nanti sambung lagi ya, 



















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 merepek kerepek:

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel