inspirasiwawazulkefli: RINDU

Páginas

0
Komen

RINDU






Tarik nafas panjang-panjang.


Hari ini baru ada masa sikit untuk santai santai. Hm , actually tak tahu nak update apa . Cuma scroll scroll draft blog, ada pasal arwah ayah. Kalau lah arwah ayah ada sekarang... .


sebelum arwah ayah sakit.





Allahuakhbar. Aku benar-benar rindu arwah. InsyaAllah, aku akan selalu sedekahkan surah alfatihah, yassin. Akan selalu ingat tentang mu,ayah. Akan mengingati kenangan semasa kecik. Kenangan semasa aku tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah dan sehingga anak-anakmu berusia 20-an ni. Rindu masa arwah ayah berlatih ragbi, main bola sepak. Sampai sekarang masih ingat walaupun pudar pudar. Sampai bila-bila aku akan ingat sepanjang Allah pinjamkan arwah ayah padaku dan pada keluarga. Sampai bila bila aku akan ingat apa yang arwah ayah rasa , Semua mengenai arwah ayah akan aku ingat sampai bila bila.  

Tiba-tiba teringat , Selalunya bila aku memandu, mesti ayah yang duduk sebelah aku. Jadi bila adik duduk sebelah, rasa kekok. Sampai sekarang kalau naik kereta atau pergi kemana-mana, akan muncul soalan, "mak, kita selalu pergi sini dengan arwah ayah kan?.. Memang takkan hilang perkataan "arwah ayah " tu .. 

Now dah setahun berlalu. Pejam celik, dah setahun. 7/11/2013.


Semoga arwah ayah dicucuri rahmatmu Ya Allah. InsyaAllah, semoga Allah temukan kami di syurga sambil berpimpin tangan. Aamin.


Al-Fatihah ., Rindu ayah selalu.




Yang Merinduimu,











Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 merepek kerepek:

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel