inspirasiwawazulkefli: August 2013

Páginas

0
Komen

Dugaan Allah S.W.T - Allah Sayangkan Kita.







Selamat Kembali kepada diri sendiri dan Anda juga di Blog yang serba kekurangan. Ecececeh !

Sejak bulan puasa hingga lah kini , tarikhnya 23/8/2013, saat jari ini menari diatas papan kekunci laptop , kami sekeluarga diduga dengan pelbagai dugaan ataupun ujian . Ya Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Penyayang melebihi kita semua. Hanya Allah S.W.T tahu betapa kami ini insan yang lemah. Insan yang tidak pernah tahu betapa Allah itu sangat sayangkan hambanya. 

Ya Allah, aku tak mampu berfikir apa yang akan jadi pada masa depan kami kerana hanya Allah saja yang maha mengetahui saat ini. Hanya berserah kepada Allah moga keluarga kita semua dilindungi daripada kejahatan dunia luar, maksiat dan perkara yang membolehkan Allah murka. 

Ya Allah, walaupun kami tidak kuat dan sering menangis, tetapi kami redha dengan ujianmu. Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa supaya Allah tahu kita ini sentiasa ingat kepada-NYA. 

Ya, kami sentiasa menerima nasihat supaya terus bersabar walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun, hanya Allah saja yang tahu betapa lemahnya iman kami. Lemahnya hati kami apabila menerima berita tersebut. Ya , kami menerimanya dengan hati yang sangat berduka cita. Tapi kami tahu, disebalik berita itu pasti ada hikmahnya. 

*****
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
    أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3] 
     
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
    إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.] 
     
    (sumber- Bicara Hidayah)
 *****

Perlukan ketenangan . Terima kasih kerana sudi membaca. Tidak boleh menaip lagi . Sebak pulak rasanya . 

Semoga Ayah terus kuat menempuh dugaan yang datang . Semoga ayah tidak mengeluh. Amin.
Assalamualaikum. Doakan kesejahteraan hidup dan kesihatan ayah saya .

“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)



 Si Penulis ,














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0
Komen

Selamat Hari Raya


 






 Haiya. Sulah Lama lidak lepdag belog ini maaaa. Jadi tup tap tup tip top tep nak rayaaa sulah.... eh eh Sejak bile aku pelat. kihkihkih 

So,memana kawan wawa dari facebook, Twitter, Instagram , blog, myspace, friendster(eh tetibe) kan, yang tak di tag tu, mintak maaflah . Jangan kecik hati okey? Wawa ingat semua kawan-kawan wawa. In Sha Allah akan ingat sampai bila-bila. 

Mana-mana yang balik kampung macam wawa, aiols wish for uols berhati-hati. Jangan sampai wawa update blog sambil menayang plat kereta seseorang yang buat wawa sakit hati time drive sudah lah ye. HAHAHA . Tahun ni wawa balik Negeri Sembilan(Belah Ayah) and Pahang (Belah Mak) and mybe balik ke Terengganu sekejap sebab nak tengok rumah kesayangan disana. So sesiapa tak balik kampung tu, wawa upah dia jagakan rumah wawa di Perak boleh dakk? kahkah. 

Disini, wawa titipkan sedikit pesanan untuk korang semua :

  1. Semoga semua orang Beraya dengan senyuman, bukan tangisan. 
  2. Semoga jugak Rumah kita tak ada sesiapa yang pecah masuk ! (Takut ! dah la balik lama)
  3. Semoga jugak korang bawak elok-elok kenderaan memasing k?. 
  4. Jangan terlena semasa memandu!
  5. Jangan memandu melebihi 130km/j (Gila rempit)
  6. Servis Kereta atau Cek kereta sebelum bergerak. (paling penting tayar, enjin kereta)
  7. Pastikan minyak penuh.
  8. Sediakan air dan sedikit gula-gula di dalam kereta . Especially for driver sebab kalau wawa memandu dekat highway, YA ALLAH ! MENGANTUK GILA !
  9. Jangan bermain telefon semasa memandu. Sebab apa nak tau? sebab wawa pernah jugak masuk dalam situasi ni. Lembab gila drive padahal dia pakai line kanan ! Benci k Benci .
  10. Berhati-hati dijalan raya dan berhenti di R&R kalau mengantuk sangat !

Jadi... kawan-kawan blog saya bercuti dimana ye? wawa nak mintak maaf kalau sesiapa yang wawa tak kenal ke, wawa kenal ke yang ada terusik hati dengan wa. Wa mintak maaf ah dengan lu orang. Moga dimaafkan. Manalah tahu kalau pendek umur. Wa mati dengan senang la kalau semua orang maafkan wa. hehehehehheheeheh


Assalamualaikum dari saya wawa zulkefli. 







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel