Dia yang khuyuk memerhati ...
Hiruk-pikuk kesibukkan bandaraya
Pejalan kaki sepertinya,
Pekerja,
Pelajar sekolah,
Penjual dikaki lima.
Sibuk .
Dia yang memerhati dunia yang semakin berubah.
kemajuan , kekayaan, tekanan, pekikkan manusia yang semakin hari ,semakin lantang.
Dunia makin berubah,atau
Dunia sedang berubah.? atau :
Dunia yang semakin hari ,semakin berubah.
Dia yang memerhati sekeliling,
ketinggian bangunan
kesesakan jalan raya
kepadatan rumah-rumah
pokok yang ditebang,
bangunan yang dibina,
bukit yang ditoreh,
hutan yang diceroboh
suasana yang dulunya nyaman, kini semakin terancam.
Ah! mengeluh...
Dia yang memerhati,
bayi yang menangis kelaparan,
budak yang menjerit memainta gula-gula,
ibu yang memarahi anaknya,
ayah yang runsing mencari nafkah untuk keluarganya,
remaja yang semakin hari , semakin dihimpit pelbagai persoalan
semakin hari , semakin banyak masalah.
dihujani dengan masalah,
diduga oleh masalah
diberi ujian oleh-Nya.
Diam memikir sejenak.
Dia yang memerhati,
tinggal dihujung kota,
bermonolog sendirian,
mencari rezeki sendirian,
tidur sendirian,
memerhati sendirian,
merungkai persoalan sendirian,
tanpa masalah.
Tenang,
Bersyukur.
Dia yang memerhati,
' seseorang '
Tweet