inspirasiwawazulkefli: November 2013

Páginas

6
Komen

Kehilangan untuk selama-lamanya ..





Perkara pertama aku pikir bila buka dashboard ni, kekok. Tarikh-tarikh yang dinyatakan mungkin hanya anggaran(terlupa).

Harini aku taip pada 19/11/2013, 13 hari ayah meninggal dunia dan paling sedih, meninggalkan aku sekeluarga bukan buat sehari atau seminggu dua tapi untuk selama-lamanya. Esok genap 2minggu arwah tinggalkan kami. Aku anak kedua dari tiga orang adik-beradik bukanlah sebuah keluarga yang besar.

Terasa makin mengecil keluarga kami. Ayah lah kekuatan kami untuk hidup, untuk aku belajar. Tapi bila ayah takde, hati aku terpikir, mana semangat aku yang dulu sangat kuat, boleh keluar malam untuk beli makanan, mana ? Siapa nak temankan aku pergi belajar, register belajar macam adik dengan abanglong ? Jenguk tiap bulan. Siapa nak teman aku keluar beli barang bila mak keje ? Siapa nak teman aku bila mak kerja ? Mana sumber inspirasi aku sepanjang aku menulis blog? Merebut dengan arwah ayah nak guna laptop . Ayah yang selalu nasihat aku supaya kuruskan badan, baru lah senang cari pakaian?  Arwah ayah teman aku nak ke hospital bila asma aku datang. Now? i feel alone even mak dekat sebelah. I don't know. Lost something that you really love and that's your DAD and kami hanya berempat sudah. Aku rasa give-up nak belajar. Tapi arwah ada nasihat semasa pembedahan pertama, "angah jangan give up pulak nak sambung belajar bila ayah takde". Itulah ayat ayah. Ayah macam tahu je yang arwah ni nak sakit sebelum pembedahan kedua. Susah senang kami tempuh, kami saja tahu. Duit tak cukup, korek bank sini pabila bank sana tiada wang.

Al-fatihah untuk arwah ayah ,Zulkefli bin Daie. Ayah dilahirkan pada 17/09/1959  di Linggi,Negeri Sembilan dan meninggal pada 7/11/2013 pada usia 54tahun . Arwah berkhidmat di PDRM selama 33tahun bermula di Kuala Terengganu.

Keputusan MRI



Terlebih dahulu, sesiapa yang kenal arwah ayah sama ada rapat atau tak, maafkan arwah jika ada terkasar bahasa, terhutang duit , terhutang budi, terlantang suara,  tersepak dan termaki. Moga Allah membalas jasa baik anda. Ada ke ?



Kek terakhir yang ayah jamah walaupun arwah ayah tak suka kek.
Aku paksa jugak ayah makan. Ayah menangis aku buat suprise. Adik beradik aku dan  pak sedara aku wish. Ayah menangis. Sepanjang hayat , ayah seorang yang kuat. Tak pernah menangis. Tapi sejak ayah sakit, ayah kuat menangis. Terlalu banyak kisah yang ayah pendam. Ayah seorang yang kuat.



Alkisah..
Mungkin ramai yang tidak tahu arwah sakit sudah 6 hingga 7 bulan. Mungkin ada mulut-mulut yang gatal mengatakan ''alaa... zul tu sihat jek. boleh jek berjalan". Aku harap engko-engko yang sakit hati, baca lah entry aku ni puas-puas.Aku yang menjaga sepanjang ayah sakit kecuali di hospital kerana hanya seorang saja yang boleh menjaga pesakit. Ya, tawaran belajar yang diterima walaupu hanya ipts, aku tolak dengan hati yang tenang. Jujur aku kata, aku sanggup untuk tidak belajar semata-mata nak jaga ayah. Berkorban apa saja sebab peluang hanya sekali. Biarlah orang kabo ke aku ni bodoh ke, depa taktau kisah kita, depa orang senang boleh lah nak kabo itu ini. Manusia. Allah bagi musibah banyak kali pun , sekejap je berubah. k

Permulaan ..
Mulanya kami adik beradik dan mak hanya mensyaki arwah ayah hanya lah main-2 apabila kami menghantar mak ke HKL dan arwah ayah seperti tidak ingat jalan ke sana. Selalunya arwah ayah hanya bermain saja bila arwah cakap, arwah tak ingat jalan sedangkan dahulu arwah ayah kerap ke area KL bagi tujuan kerja. Then, mak rasa tak sedap hati, kami hantar ayah ke Hospital Teluk Intan (pesakit luar) dan buat medical check-up seperti biasa termasuk ct-scan untuk otak. Sebelum itu, semasa doktor check ayah, doktor hanya sahkan ayah ada masalah saraf sebab ayah berjalan seperti terawang-awang. So, dari situ kami ke ct-scan untuk scan otak sebab pergerakan kita juga dikontrol oleh otak juga kan ? so..

Pada tarikh 20/8/2013, aku hantar ayah untuk scan bahagian otak. Sebanyak 2kali berulang ke hospital. Then, sebanyak 3kali rasanya ayah kene scan sebab badan ayah terlalu lemah, so ayah kene makan ubat, lepas dari tu, barulah scan seluruh badan pula. sehari lepas tu, ayah kene scan lagi dan doktor bagitahu seperti ada ''something" atau "ketulan" di bahagian otak. Ya... Ketulan. Tetapi, doktor meminta untuk dirujuk di Ipoh(Hospital Raja Permaisuri Bainun) sebab doktor pakar otak disitu lebih mengetahui. Pada tarikh selepasnya(lupa) petang itu juga kami menaiki ambulans tiga beranak, aku , mak dan arwah. Gila ! 1st time naik ambulans. Jalan perak yang berombak buat aku pikir "aku taknak mati dalam ambulans" . Haaaa..

Pertama kali..
Ya ! Pertama kali dari pagi sampai 3petang di hospital. Pertama kali kene arwah kene scan otak. Pertama kali amek darah untuk diuji. Pertama kali naik ambulans. Pertama kali ayah masuk wad. Pertama kali ayah ada penyakit yang paling bahaya. Pertama kali.. Ujian masa ni aku rasa berat sangat. Tapi 'allah takkan bagi ujian itu untuk memberati diri kita'. Ya , didada aku masih tersemat zikir-zikir yang mak ajar. Ya, aku kuat lagi pada masa itu. Aku kuat kerana masih ada ayah, mak ,adik dan abang. Aku sangat kuat. Aku masih boleh tergelak. Tersenyum. Sampailah doktor pakar mengesahkan ayah mengidap kanser otak/ketumbuhan otak stage 3 pada 26/8/2013 untuk result MRI dan arwah ayah terus dimasukkan ke wad 6B(neurosurgeri). . Allah. Stage 3? How? Pemakanan ? Keturunan?

Keturunan? Langsung takde dalam family. Pemakanan? Apa arwah ayah makan, itu lah yang kami makan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Allah Maha berkuasa. Pada 27/8/2013, arwah ayah menjalani pembedahan. Aku,mak abang aku menunggu. Mak yang menangis aku tak reti nak memujuk sedangkan aku juga menangis. Cemana ? Jam 730pagi hingga 3petang ayah dibilik pembedahan dan dalam jangka masa itu jugak kami tak berganjak kemana-mana. Hanya orang yang pernah merasa saja yang tahu apa yang kami rasa waktu ini. Andai kata pendek umur? allah.

Selama 8 jam didalam dewan bedah, Alhamdulillah, ayah selamat dibedah. Specimen tersebut dihantar untuk diuji sama ada betul-2 kanser atau ketumbuhan biasa. Selama dua bulan. YA! 2BULAN kami menunggu dan appointment yang kami pergi sebanyak 3 kali(atau 2kali) adalah sia-2 sebab tiada lagi keputusan dan arwah diberi cuti. Selama itu juga ayah tidak bekerja. Dalam pada masa yang sama , pada bulan 9 kami bercuti, seperti entry aku yang sebelum ini aku sudah cerita (rujuk) pada masa itu ayah tidak boleh bangun, berjalan seperti biasa. Allah, satu lagi ujian. Ujian demi ujian kami diduga. Khabar dari doktor berlalu sepi. Pelbagai suplement kami cuba. SNE, E 7 Exfuze, ke ustaz, dan paling diingati, sepanjang arwah sakit, mak hanya bagi Air Zam-Zam sahaja. Kalau air masak biasa, mak tetap bacakan surah yassin dan ditiupkan ke dlm air itu. Bacaan yassin bergema setiap hari. Hanya pada allah kami meminta tolong.

 pembedahan yang pertama. Membuang kanser .

Pembedahan Terakhir...
Pada tarikh 1/11/2013, arwah dimasukkan ke dalam wad yang sama lagi .  Masih segar diingatan, ayah diikat disebabkan kami tinggal dikuarters polis tingkat 3. Keadaan ayah pada masa itu tidak boleh berjalan menyebabkan kami menyewa ambulans st.John .Sedih perasaanku. Pasrah. Sekali lagi kami dikejutkan dengan khabar dari doktor pakar, Doktor mengesahkan air dalam otak penuh tanpa kawalan dan Sel-sel kanser merebak disebelah kiri otak . Oleh sebab itu ayah tidak boleh berfikir dengan betul. Ayah seolah-olah berada didunianya sendiri. Ayah seringkali bercakap mengenai kerjanya, anak-anak buahnya(rakan sekerja ayah) , memanggil-manggil nama kami adik beradik dan juga mak. Sepanjang aku yang menjaga arwah, tiada yang sedih, semua gembira, lucu dengan gelagat ayah. Ayah memanggil seperti.., along.. angah.. adik, meh sini.. 1,2,3,4,5,6,7,8... haaa lepas tu ayah senyum. Dan, ayah panggil kami adik beradik dan mengajar kami mengeja, A.N.G.A.H ... Allah. Arwah seringkali memanggil aku dan suruh aku beli rokok, lighter. Bayar air dekat kedai . Bercakap dengan mamak kedai Fazari seolah-oleh dia berada dikedai. Mencuba untuk berjalan dalam dunianya sendiri. Aku senyum saja. Lucu. Benar, betul-betul lucu sepanjang menjaga arwah ayah. Tengahari pada hari arwah meninggal, aku hantar makanan dekat mak, dan aku sakat ayah dengan memegang tangan arwah, aku cakap " Ha! ayah buat apa tu dan arwah ayah senyum lebar . Lebar sangat tidak seperti sebelum ini. Allah :( . Lepas tu ayam mengidam air berais. Sepanjang hayat arwah, Teh tarik saja yang disukai nya. Aku selalu buat Teh Tarik Kaw Kurang Manis. hehe.. allah, rasa macam arwah masih hidup. Sepatutnya pada malam sebelum arwah meninggal, aku menghantar makanan dekat mak, tapi mak tak nak. Kesal. Aku tertanya-tanya, kenapa aku tak pergi. Mungkin kami adik-beradik turut berada disamping arwah. Takpe, semuanya telah selamat.

Pada hari ayah dimasukkan ke wad, rupanya abang aku juga ditahan di hospital klang kerana Denggi. Allah, ujian demi ujian. Alhamdulillah, abanglong sempat berjumpa arwah dan sebelum magrib(habis waktu melawat)kami  melihat arwah. Cium pipi,dahi dan tangan arwah. Sayu. Sedih. Mengharap hari esok masih ada peluang untuk cium. Tapi......

 Aku kesiankan abang aku. Aku harap along tabah.


Hari Penting. 
Tarikh &/11/2013, Jam 11.00 malam tepat arwah meninggal. Hari khamis malam jumaat. Meninggal disebabkan pendarahan dalam perut dan kanser telah merebak 1 kepala. Alhamdulillah. Arwah ayah tidak terseksa teruk sebelum pergi. Terkena sawan selepas diberikan ubat oleh doktor dan susu oleh mak. Jam 3pagi bertolak ke Teluk intan selepas menguruskan hal-hal jenazah ayah. Dimandikan di Surau Balai polis teluk intan kira-kira jam 4, Hujan rahmat turun setelah arwah selamat dimandikan. Jam 7pagi, bergerak ke Pahang. Kebumi di Kg.Bongsu,Lanchang. Alhamdulillah kami uruskan dengan tenang walaupun waktu itu rasa kehilangan yang teramat sangat sehingga sekarang. Kami pasrah. Allah lebih sayangkan arwah ayah . Kami pasrah. Kami juga tak nak melihat arwah jalani pembedahan ke-3 untuk membuang kanser yang merebak seterusnya kimoterapi. Cukuplah dua kali arwah terseksa. Terlentang atas katil . Pusing 360 darjah satu katil kerana tidak selesa. Tidak makan 3minggu. Bagi bubur Mcd tak mahu. Nasi goreng.  Hanya air Zam-Zam je lah kami bg. Tiada ubat untuk kanser. TIADA.

Sebelum ke dalam Bilik Bedah untuk pembedahan ke dua disebabkan air dalam otak penuh tanpa kawalan.. Salam tangan ayah, cium pipi,dahi. Arwah ayah mendongak sebab sakit kepala kesan dari pembedahan pertama.
Arwah ayah diikat sebab arwah agresif dan nak tanggalkan tempat masuk air

























Kenangan

























Baju adidas antara baju kegemaran arwah ayah.

Angah sayang ayah .. abanglong sayang ayah.. adik sayang ayah.. dan paling penting, cinta dunia akhirat arwah , Mak.. sayang ayah sangat-sangat . Al fatihah  Esok genap 2minggu arwah ayah tinggalkan kami. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Maafkan arwah andai kata arwah pernah menyakiti hatimu.

Maaf jika ada terkurang. Kesalahan bahasa. Kalau ada pertanyaan, sila komen di facebook atau chatbox blog ini :) Assalamualaikum. Sayangi orang tua anda. Jujurlah dalam setiap apa yang kita lakukan. Al Fatihah




Angah..

















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by MisaiComel